UNIVERSITI PENGAJIAN

BAHASA-BAHASA ASING BEIJING

Setiausaha Wang Dinghua Mengetuai Delegasi Melawat ke Argentina, Brazil dan Costa Rica

发布时间:2023-12-30

Dari 9 hingga 17 November, Wang Dinghua, Setiausaha Jawatankuasa Parti BFSU mengetuai delegasi melawat ke Argentina, Brazil dan Costa Rica. Mereka melawati Universidad de Belgrano, Pusat Penyelidikan Argentina-China, Fakulti Sains Sosial Universidad de Buenos Aires di Argentina, Federal University of Latin American Integration dan Institut Kongzi di Pontifícia Universidade Católica do Rio de Janeiro di Brazil serta UN-mandated University for Peace di Costa Rica untuk menandatangani perjanjian kerjasama, memastikan hala tuju baharu bagi menjalankan kerjasama dalam bidang pendidikan dan penyelidikan, meluaskan peluang kerjasama dari aspek pendidikan jarak jauh dan latihan amali pelajar serta peluang pekerjaan, dan membincangkan konsep baharu pembinaan pengajaran dan pembelajaran Institut Kongzi. Selain itu, mereka juga melawat ke Konsulat Jeneral China ke Rio, Kedutaan Besar China ke Brazil, dan Kedutaan Besar China ke Costa Rica untuk mengadakan perbincangan dengan pegawai di kedutaan besar serta alumni BFSU. Semasa lawatan itu, Wang Dinghua dan delegasinya turut berbincang dengan delegasi Stesen Televisyen Pendidikan China untuk memulakan kerjasama dalam bidang komunikasi dan penyebaran antarabangsa berbilang bahasa, di samping menziarahi pensyarah dan pelajar kumpulan penyelidikan Amerika Latin bagi latihan amali dan amalan global BFSU 2023.

2 North Xisanhuan avenue, district Haidian, Beijing

Copyright@BFSU.Support by ITC