UNIVERSITI PENGAJIAN

BAHASA-BAHASA ASING BEIJING

BFSU Mengadakan Forum Tamadun Global

发布时间:2023-12-28



Pada 16 September 2023, sempena ulang tahun kesepuluh pengemukaan Inisiatif Jalur dan Laluan, Forum Tamadun Global dianjurkan dengan meriah di gim, kampus timur BFSU. Forum yang bertemakan "Menghubungkan Tamadun Global dan Mempertingkatkan Kefahaman Antarabangsa" menegaskan peningkatan pertukaran dan pembelajaran antara satu sama lain, mendorong pelaksanaan inisiatif tamadun global secara aktif, dan menggalakkan pembinaan komuniti berkongsi nasib. Lebih daripada 600 orang telah menghadiri forum itu, termasuk wakil daripada jabatan kerajaan, universiti dalam dan luar negara, pakar dan cendekiawan dalam bidang berkaitan, serta wakil pensyarah dan pelajar dari BFSU.

Wang Dinghua, Setiausaha Jawatankuasa Parti BFSU menyampaikan ucapan yang bertajuk "Melunaskan Misi dan Tanggungjawab Universiti dalam Amalan Tamadun Global" dalam forum ini. Guo Yezhou, Timbalan Menteri Jabatan Antarabangsa Jawatankuasa Pusat PKC, Zhang Weiwu, Naib Presiden Bank Perindustrian dan Komersial China, Irina Bokova, mantan Ketua Pengarah UNESCO, dan Marakkale Pathmalal, Presiden Universiti Sri Jayawardhanapura di Sri Lanka masing-masing menyampaikan ucapan.

Dalam forum ini, majlis pelancaran untuk pencapaian penyelidikan kebudayaan dan pendidikan kebangsaan "Jalur dan Laluan" telah dijalankan. Projek platform perkhidmatan bahasa global juga dilancarkan secara rasminya. Selain itu, yang turut dikeluarkan ialah indeks sumbangan pemahaman antarabangsa supaya menunjukkan misi dan visi BFSU dalam era baharu.

Yang Dan, Timbalan Setiausaha Jawatankuasa Parti merangkap Presiden BFSU menyampaikan ucaptama yang bertajuk "Menggalakkan Pertukaran antara Tamadun dan Meningkatkan Persefahaman Antarabangsa". Ismael Debesh, Pengerusi Persatuan Persahabatan Algeria-China, Charles Manigoson, Presiden Eksekutif Universiti Diraja Chiang Mai, An Lezhe, Presiden Persekutuan Penyelidikan Kebudayaan Konfusianisme Sedunia merangkap Profesor Pelawat BFSU, Profesor Moshe Winter dari Universiti Kebangsaan Singapura, dan Zhang Longxi, ahli akademi warganegara asing dari Akademi Kesusasteraan, Sejarah dan Arkeologi Diraja Sweden serta Akademi Sains Eropah telah masing-masing menyampaikan ucaptama dengan tajuk-tajuk seperti yang berikut, "Memfokuskan Dialog antara China-Arab, Membincangkan Dialog Tamadun dan Masa Depan Dunia", "Tamadun Global dan Pemahaman Antarabangsa", "Dialog Tamadun sebagai Kerangka Baharu untuk Menyertai Pembinaan Susunan Global yang Baharu", "Masa Depan Tamadun serta Inisiatif Jalur dan Laluan" dan "Bersikap Baik kepada Orang Lain seperti Bersikap Baik kepada Diri Sendiri: Cara Berdialog dan Kewujudan Bersama".

Sub-forum pula bertumpu kepada tema-tema seperti, "Komuniti Berkongsi Nasib: Cabaran dan Masa Depan", "Bahasa dan Tamadun Manusia", "Penyebaran Antarabangsa dan Pemahaman Silang Budaya", "Kesaksamaan Pendidikan dan Masa Depan Dunia", " Ulang Tahun Kesepuluh Pengemukaan Inisiatif Jalur dan Laluan serta Kerjasama Pendidikan RCEP", "Tamadun Global dan Tanggungjawab Belia", "Pembasmian Kemiskinan, Pembangunan Mampan dan Bentuk Baharu Tamadun Pembangunan Manusia" dan sebagainya. Cendekiawan dalam dan luar negara yang mengambil bahagian dalam sub-forum ini bertukar-tukar pandangan mengenai tema yang berkaitan secara mendalam.


 

2 North Xisanhuan avenue, district Haidian, Beijing

Copyright@BFSU.Support by ITC