UNIVERSITI PENGAJIAN

BAHASA-BAHASA ASING BEIJING

Sekretariat Pihak China bagi Mekanisme Pertukaran Perikatan Universiti-universiti China-Afrika Dirasmikan di BFSU

发布时间:2023-12-28


Pada 31 Ogos 2023, Persatuan Pengajian Tinggi China dan Persatuan Universiti-universiti Afrika telah mengadakan majlis pelancaran untuk Sekretariat Pihak China bagi Mekanisme Pertukaran Perikatan Universiti-universiti China-Afrika di BFSU.

Du Yubo, Presiden Persatuan Pengajian Tinggi China, Zhang Daliang, Naib Presiden Persatuan Pengajian Tinggi China, Olusola Oyewole, Setiausaha Agung Persatuan Universiti-universiti Afrika, Wang Dinghua, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Parti BFSU, Yang Dan, Presiden merangkap Timbalan Setiausaha Jawatankuasa Parti BFSU, Hao Qingjie, Timbalan Setiausaha Agung Persatuan Pengajian Tinggi China bersama-sama merasmikan Sekretariat Pihak China bagi Mekanisme Pertukaran Perikatan Universiti-universiti China-Afrika.

Di bawah bimbingan Kementerian Pendidikan dan Persatuan Pengajian Tinggi China, Sekretariat Pihak China bagi Mekanisme Pertukaran Perikatan Universiti-universiti China-Afrika akan bekerjasama dengan universiti-universiti di China dan institusi-institusi penyelidikan di Afrika untuk menjalankan pelbagai aktiviti kerjasama dan pertukaran, di samping membina rangkaian kerjasama penyelidikan saintifik China-Afrika secara beransur-ansur.

2 North Xisanhuan avenue, district Haidian, Beijing

Copyright@BFSU.Support by ITC