UNIVERSITI PENGAJIAN

BAHASA-BAHASA ASING BEIJING

BFSU Mengadakan Majlis Pelepasan untuk Amalan Latihan Luar Negara Pelajar 2023 yang Bertemakan "Tamadun Global dan Tanggungjawab Belia"

发布时间:2023-08-11



Pada 30 Jun, BFSU mengadakan Majlis Pelepasan untuk Amalan Latihan Luar Negara Pelajar 2023. Tetamu dari Kementerian Pendidikan, Pejabat Tamadun Pusat, Jawatankuasa Pusat Liga Pemuda Komunis, Syarikat Pembinaan Landasan Kereta Api China, Syarikat Pembinaan Komunikasi China, Kumpulan Antarabangsa Fu Hua, Bank China, Kumpulan Alibaba, Kumpulan JD, China Daily, Agensi Berita Xinhua, People.com, dan sebagainya menghadiri acara tersebut.

Yang Dan, Presiden BFSU merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Universiti, menyampaikan ucapan yang bertajuk "Melaksanakan Misi Global dan Memaparkan Imej China". Wang Jianbin, pensyarah yang mengetuai projek "Pandangan Orang Jerman terhadap Inisiatif Jalur dan Laluan", Ning Qiang, pensyarah yang mengetuai "Kumpulan Penyelidikan Kepelbagaian Seni dan Budaya Kebangsaan Negara-negara Sepanjang Jalur dan Laluan", Ling Fu, ahli kumpulan projek akademik “Memasuki Hutan Birch”dan Shen Yishu, ahli projek "Bilik Darjah Karavan" masing-masing menyampaikan ucapan.

Yang Dan mengumumkan pelepasan kumpulan amalan latihan luar negara 2023, dan menyampaikan bendera kepada pensyarah yang mengetuai 43 kumpulan amalan latihan di luar negara bersama-sama dengan tetamu.

Aktiviti Amalan Latihan Luar Negara "Tamadun Global dan Tanggungjawab Belia" merupakan projek amalan latihan pertama di kalangan institusi pengajian tinggi China yang membuka peluang permohonan kepada semua tenaga pengajar dan pelajar. Pada 2023, BFSU akan menghantar lebih 500 orang pensyarah dan pelajar, sejumlah 43 kumpulan ke luar negara untuk menjalankan amalan latihan di lima benua.



2 North Xisanhuan avenue, district Haidian, Beijing

Copyright@BFSU.Support by ITC