UNIVERSITI PENGAJIAN

BAHASA-BAHASA ASING BEIJING

Kamus Sains Sosial Bahasa Mandarin-Bahasa Inggeris-Bahasa Tibet Dilancarkan

发布时间:2023-06-16

Pada 9 April, Kamus Sains Sosial Bahasa Mandarin-Bahasa Inggeris-Bahasa Tibet, hasil daripada Projek Asas Utama Penyelidikan Sains Sosial Tibet, telah dilancarkan di Pusat Penyelidikan Tibetology China, Beijing. Majlis pelancaran itu dianjurkan bersama oleh BFSU dan Penerbit Komersial.


Kamus Sains Sosial Bahasa Mandarin-Bahasa Inggeris-Bahasa Tibet dirancang oleh Yang Dan sebagai pegawai kumpulan kelapan yang dihantar ke Tibet untuk menghulurkan bantuan merangkap Presiden dan Timbalan Setiausaha Jawatankuasa Parti BFSU. Sebagai hasil daripada Projek Asas Utama Penyelidikan Sains Sosial Tibet, ia merupakan projek kamus berskala besar yang dijalankan bersama oleh pakar-pakar dari Universiti Tibet, BFSU, Universiti Kewangan dan Ekonomi Barat Daya dan universiti-universiti yang lain. Ia juga merupakan kamus sains sosial komprehensif yang disusun buat pertama kali dalam bentuk tiga bahasa, iaitu bahasa Mandarin, bahasa Tibet dan bahasa Inggeris. Antaranya, kebanyakan entri dalam disiplin linguistik, seni dan arkeologi disusun secara sistematik dan diterjemahkan ke dalam bahasa Tibet buat kali pertama. Justeru itu, kamus ini boleh dikatakan mempunyai nilai akademik yang amat tinggi. Kamus Sains Sosial Bahasa Mandarin-Bahasa Inggeris-Bahasa Tibet mempunyai 21 jilid dan mengandungi lebih daripada 45,000 entri.

2 North Xisanhuan avenue, district Haidian, Beijing

Copyright@BFSU.Support by ITC