UNIVERSITI PENGAJIAN

BAHASA-BAHASA ASING BEIJING

Pemimpin BFSU Menghadiri Persidangan Pendidikan Digital Dunia, Pasukan Pensyarah Bahasa Asing BFSU Menawarkan Perkhidmatan Terjemahan Berkualiti Tinggi

发布时间:2023-06-13


Pada 13 hingga 14 Februari, Persidangan Pendidikan Digital Dunia telah diadakan di Beijing. Yang Dan, Presiden BFSU merangkap Timbalan Setiausaha Jawatankuasa Parti dijemput untuk menghadiri persidangan itu. Tang Jinlan, Dekan Sekolah Pendidikan Rangkaian merangkap Naib Pengerusi Makmal Utama Kecerdasan Buatan dan Bahasa Manusia turut menghadiri persidangan tersebut. Pensyarah-pensyarah dari Sekolah Terjemahan Lanjutan, Sekolah Bahasa Inggeris, Sekolah Bahasa Perancis, Sekolah Bahasa Rusia, Sekolah Bahasa Sepanyol dan Portugis, serta Sekolah Bahasa Arab menanggung kerja-kerja terjemahan untuk persidangan dan forum selaras, termasuk terjemahan serentak dan juga terjemahan dokumen.

Tema Persidangan Pendidikan Digital tahun ini ialah "Transformasi Digital dan Masa Depan Pendidikan", dan wakil dari lebih 130 negara dan wilayah mengambil bahagian dalam persidangan itu. Huai Jinpeng, Menteri Pendidikan mempengerusikan majlis perasmian persidangan itu, dan Timbalan Perdana Menteri, Sun Chunlan pula menyampaikan ucapan. Selain itu, Perdana Menteri New Zealand, Naib Presiden Filipina merangkap Menteri Pendidikan, Pesuruhjaya Persekutuan Switzerland merangkap Menteri Ekonomi, Pendidikan dan Penyelidikan, Ketua Pengarah UNESCO dan Penasihat Khas kepada Setiausaha Agung PBB dalam Sidang Kemuncak Transformasi Pendidikan menyampaikan ucapan melalui rakaman video.

Sepanjang persidangan itu, pasukan terjemahan yang terdiri daripada pensyarah-pensyarah BFSU dari sekolah bahasa Inggeris, Perancis, Rusia, Sepanyol dan Arab telah memberikan sumbangan penting kepada pelancaran persidangan itu. Tahap terjemahan mereka yang tinggi dan kepakaran mereka yang profesional memenangi pujian daripada Kementerian Pendidikan sebagai penganjur persidangan, dan juga pakar-pakar sama ada di dalam atau di luar negara.


2 North Xisanhuan avenue, district Haidian, Beijing

Copyright@BFSU.Support by ITC