UNIVERSITI PENGAJIAN

BAHASA-BAHASA ASING BEIJING

34 Jurnal BFSU Dimasukkan dalam Senarai Penilaian AMI Jurnal Kemanusiaan dan Sains Sosial China

发布时间:2023-06-13

Akademi Kajian Penilaian Sains Sosial China (CASSES) mengeluarkan Laporan Penilaian Komprehensif AMI Jurnal Kemanusiaan dan Sains Sosial China (2022) pada 12 Januari. Tiga puluh empat jurnal BFSU yang terdiri daripada satu jurnal berwibawa, lima jurnal teras, tiga jurnal yang dikembangkan dan 25 jurnal yang berindeks telah direkodkan dalam laporan itu.


Penilaian Jurnal Kemanusiaan dan Sains Sosial China dianjurkan oleh CASSES. Sejak 2014, laporan yang berkenaan diterbitkan setiap empat tahun. Edisi yang pertama dikeluarkan pada 2014, edisi kedua dikeluarkan pada 2018 dan edisi ketiga pula dikeluarkan pada 2022. Laporan Penilaian Komprehensif AMI kini merupakan salah satu daripada indeks jurnal akademik teras di China. Ia mempunyai pengaruh yang luas dan semakin diutamakan oleh institusi-institusi penyelidikan.

2 North Xisanhuan avenue, district Haidian, Beijing

Copyright@BFSU.Support by ITC