UNIVERSITI PENGAJIAN

BAHASA-BAHASA ASING BEIJING

Penandatanganan MOU antara BFSU dan Magtymguly Turkmen State University Disenaraikan dalam Senarai Pencapaian Lawatan Presiden Turkmenistan ke China

发布时间:2023-06-12


Pada 5 hingga 6 Januari 2023, atas jemputan Presiden China Xi Jinping, Presiden Turkmenistan, Serdar Berdimuhamedow mengadakan kunjungan hormat ke China. Penandatanganan MOU antara BFSU dan Magtymguly Turkmen State University yang merupakan hasil kerjasama dalam bidang pendidikan turut disenaraikan dalam Senarai Pencapaian Lawatan Presiden Turkmenistan ke China.

Pada 6 Januari, Yang Dan, Presiden BFSU merangkap Timbalan Setiausaha Jawatankuasa Parti, menandatangani MOU bersama dengan Presiden Magtymguly Turkmen State University sempena ulang tahun ke-31 penubuhan hubungan diplomatik antara China dan Turkmenistan. Hari ini juga sempena lawatan pertama Presiden Serdar Berdimuhamedow ke China selepas memegang jawatan sebagai presiden pada Mac 2022.

BFSU kini merupakan satu-satunya universiti di negara China yang menawarkan kursus bahasa Turkmenistan. Pada September 2018, BFSU mengambil mahasiswa kumpulan pertama untuk Jurusan Bahasa Rusia dan Turkmenistan. Pada Jun 2022, mahasiswa kumpulan pertama telah tamat pelajaran dan mula berkhidmat dalam bidang diplomasi, ekonomi, perdagangan dan pertukaran budaya antara China-Turkmenistan. Pada Julai 2022, BFSU berjaya memilih calon pelajar sarjana bahasa Turkmenistan kumpulan pertama melalui Program Latihan Guru Bahasa Kurang Popular Kali Keempat. Mereka merancang untuk pergi ke Turkmenistan untuk melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana dalam masa yang terdekat.

2 North Xisanhuan avenue, district Haidian, Beijing

Copyright@BFSU.Support by ITC