UNIVERSITI PENGAJIAN

BAHASA-BAHASA ASING BEIJING

"Konsortium Pengajian Wilayah dan Negara di China" telah Ditubuhkan di BFSU

发布时间:2022-11-30


Pada 23 Oktober 2022, "Konsortium Pengajian Wilayah dan Negara di China" ditubuhkan di BFSU.

Pengajian wilayah dan negara ialah disiplin peringkat pertama silang disiplin yang baru ditubuhkan di negara ini. Untuk menggalakkan pembinaan dan pembangunan disiplin pengajian wilayah dan negara, membina sistem disiplin, sistem pengetahuan dan sistem wacana yang bercirikan China, meneroka mod pengajian wilayah dan negara serta pemupukan orang berbakat tadbir urus wilayah dan global, di samping meningkatkan kapasiti berkhidmat untuk negara, masyarakat dan pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan, BFSU telah bekerjasama dengan banyak institut pengajian tinggi di seluruh negara untuk menubuhkan "Konsortium Pengajian Wilayah dan Negara di China".

Yu Hongjun, mantan Timbalan Menteri Hubungan Antarabangsa Jawatankuasa Pusat PKC, Liu Wei, mantan presiden Universiti Renmin China, Tan Fangzheng, Timbalan Pengarah Jabatan Sains Sosial Kementerian Pendidikan, Jia Peng, Timbalan Pengarah Jabatan Kerjasama dan Pertukaran Antarabangsa Kementerian Pendidikan, Wang Dinghua, Setiausaha Jawatankuasa PKC BFSU, Yang Dan, Timbalan Setiausaha Jawatankuasa PKC BFSU merangkap Presiden BFSU, Jia Wenjian, Timbalan Setiausaha Jawatankuasa PKC BFSU merangkap Naib Presiden BFSU, dan Zhao Gang, Ahli Jawatankuasa Tetap Jawatankuasa PKC BFSU merangkap Naib Presiden BFSU menghadiri mesyuarat itu. Pemimpin dan rakan akademik daripada lebih 30 universiti termasuk Universiti Peking, Universiti Tsinghua, Universiti Fudan, Universiti Perniagaan dan Ekonomi Antarabangsa, Universiti Sains Politik dan Undang-undang China, Akademi Sains Sosial China, Universiti Normal Timur Laut, Universiti Pengajian Bahasa Asing Sichuan, dan Universiti Xinjiang mengambil bahagian dalam mesyuarat itu atas talian. Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Yang Dan.

Yu Hongjun, Liu Wei, Tan Fangzheng, Jia Peng, Wang Dinghua dan Yang Dan bersama-sama merasmikan "Konsortium Pengajian Wilayah dan Negara di China". Profesor Li Youwen, Timbalan Pengarah Institut Pengajian Lanjutan Tadbir Urus Wilayah dan Global BFSU membaca cadangan untuk konsortium ini.

Jia Wenjian mempengerusikan seminar pembinaan disiplin pengajian wilayah dan negara. Pemimpin universiti, pakar dan sarjana yang menghadiri seminar itu menyampaikan ucapan masing-masing dan bertukar pandangan mengenai pembinaan disiplin pengajian wilayah dan negara. Yang Dan memberikan ucaptama yang bertajuk "Menggunakan Konsortium untuk Menangani Cabaran Pembangunan Disiplin Pengajian Wilayah dan Negara".

Pemimpin jabatan kerajaan yang berkaitan, pensyarah dan pelajar institut pengajian tinggi turut menghadiri mesyuarat itu.

 

2 North Xisanhuan avenue, district Haidian, Beijing

Copyright@BFSU.Support by ITC