UNIVERSITI PENGAJIAN

BAHASA-BAHASA ASING BEIJING

20 Jilid Monograf mengenai Kebudayaan dan Pendidikan Negara-negara di Sepanjang Inisiatif Jalur dan Laluan telah Selesai Diterbitkan

发布时间:2022-11-29


Baru-baru ini, monograf mengenai kebudayaan dan pendidikan empat negara di sepanjang Inisiatif Jalur dan Laluan telah diterbitkan secara berturut-turut, antaranya Penyelidikan Kebudayaan dan Pendidikan India, Penyelidikan Kebudayaan dan Pendidikan Iran, Penyelidikan Kebudayaan dan Pendidikan Cuba dan Penyelidikan Kebudayaan dan Pendidikan Kenya. 20 jilid monograf yang telah selesai diterbitkan meliputi kebudayaan dan pendidikan di 20 buah negara di sepanjang Inisiatif Jalur dan Laluan, termasuk Albania, Emiriah Arab Bersatu, Ethiopia, Angola, Macedonia Utara, Congo (Brazzaville), Cuba, Kenya, Mongolia, Maghribi, Mozambique, Nepal, Senegal, Tajikistan, Tanzania, Ukraine, Singapura, Iran, India dan Jordan. Isi kandungannya melibatkan gambaran keseluruhan keadaan negara, budaya dan tradisi, sejarah pendidikan, pendidikan prasekolah, pendidikan asas, pendidikan tinggi, pendidikan vokasional, pendidikan dewasa, pendidikan tenaga pengajar, dasar pendidikan, pentadbiran pendidikan dan pertukaran pendidikan negara berkenaan dengan negara China. Monograf-monograf tersebut menyediakan perspektif untuk pembaca memahami situasi umum kebudayaan dan pendidikan di negara-negara yang berkenaan, di samping memberikan rujukan dan cadangan, pemikiran dan inspirasi untuk pembaharuan dan pembangunan pendidikan di China.

2 North Xisanhuan avenue, district Haidian, Beijing

Copyright@BFSU.Support by ITC