UNIVERSITI PENGAJIAN

BAHASA-BAHASA ASING BEIJING

Forum Pengarah Institut Konfusius 2022 Dibuka

发布时间:2022-11-29


Pada pukul 8.00 malam 14 September 2022 waktu Beijing,“Forum Pengarah Institut Konfusius 2022” dirasmikan atas talian. Forum ini ditaja bersama oleh Yayasan Pendidikan Bahasa China Antarabangsa dan BFSU, dianjurkan oleh FLTRP. Zhao Lingshan, Timbalan Ketua Pengarah merangkap Ketua Setiausaha Yayasan Pendidikan Bahasa China Antarabangsa, Yang Dan, Presiden BFSU merangkap Timbalan Setiausaha Jawatankuasa PKC BFSU, dan Jia Wenjian, Timbalan Setiausaha Jawatankuasa PKC BFSU merangkap Naib Presiden BFSU menghadiri majlis perasmian ini. Majlis ini dipengerusikan oleh Yu Yunfeng, Timbalan Ketua Setiausaha Yayasan Pendidikan Bahasa China Antarabangsa.

Forum ini bertujuan untuk mengukuhkan lagi kerjasama antara Institut Konfusius, meletakkan asas yang kukuh untuk pembangunan Institut Konfusius, dan bersama-sama membincangkan jalan ke arah pembangunan mampan dan berkualiti tinggi Institut Konfusius pada masa hadapan. Forum ini akan berlangsung sehingga 24 September. Semasa forum ini dijalankan, para pengarah akan berkongsi pengalaman dan bertukar-tukar idea tentang bagaimana meningkatkan kualiti tenaga pengajar, berkhidmat dengan lebih baik kepada masyarakat tempatan, membina imej jenama, dan menggalakkan pembangunan mengikut keadaan setempat. Forum ini juga akan menjemput Profesor An Lezhe Roger T. Ames dari Universiti Hawaii untuk berkongsi pemahaman dan pemikirannya tentang budaya Konfusianisme China.

Sebagai salah satu aktiviti daripada siri aktiviti “Hari Institut Konfusius”di seluruh dunia, forum ini merangkumi 2 ceramah khas dan 3 subforum. Hampir 600 orang pengarah dari China dan luar negara telah mendaftar untuk mengambil bahagian, antaranya 26 orang pengarah akan memberikan ucaptama.

2 North Xisanhuan avenue, district Haidian, Beijing

Copyright@BFSU.Support by ITC