UNIVERSITI PENGAJIAN

BAHASA-BAHASA ASING BEIJING

BFSU Menganjurkan Forum Kerjasama dan Pembangunan Rantau China, Jepun dan Korea Selatan 2022

发布时间:2022-06-26

 

Dari 27 hingga 28 Mei, Forum Kerjasama dan Pembangunan Rantau China, Jepun dan Korea Selatan 2022 yang dihoskan oleh BFSU telah berjaya diadakan dalam talian. Tema forum ini ialah "Kerjasama antara China, Jepun dan Korea Selatan dengan Asia Timur di Bawah Latar Belakang Integrasi Ekonomi Serantau". Yang Dan, Presiden BFSU merangkap Timbalan Pengerusi Majlis Universiti BFSU dan lebih daripada 60 orang sarjana daripada 10 buah lebih institusi pengajian tinggi menghadiri forum itu, antaranya sarjana dari BFSU, Universiti Ekonomi dan Perniagaan Antarabangsa, Universiti Shandong, Universiti Fudan, Universiti Nankai, ERINA, Universiti Kyoto Jepun, Universiti Kebangsaan Chungnam Korea Selatan dan sebagainya.

Persidangan itu menganjurkan lima forum meja bulat dengan subjek yang berbeza, temanya termasuk "Kerjasama Antarabangsa China, Jepun dan Korea Selatan mengenai Pencegahan Bencana dan Penjagaan Keselamatan", "Saling Mempercayai dan Bekerjasama dalam Bidang Politik China, Jepun dan Korea Selatan", "Integrasi Ekonomi Serantau China, Jepun dan Korea Selatan", "Membentukkan dan Memperkukuh Kepentingan Bersama China, Jepun dan Korea Selatan" dan“Kerjasama Asia Timur Laut di Bawah Persaingan Kuasa Besar”. Pakar dan cendekiawan dari China, Jepun dan Korea Selatan berkongsi hasil penyelidikan mereka dari perspektif yang berbeza dan menjalankan perbincangan yang mendalam.

 

2 North Xisanhuan avenue, district Haidian, Beijing

Copyright@BFSU.Support by ITC