UNIVERSITI PENGAJIAN

BAHASA-BAHASA ASING BEIJING

Sun Youzhong, Naib Presiden BFSU Dilantik sebagai Naib Pengerusi Lembaga Persatuan Penterjemah China ke-8

发布时间:2022-06-08

 

 

Pada 1 April, Kongres Ahli Persatuan Penterjemah China ke-8 telah diadakan di Beijing. Lv Yansong, Timbalan Menteri Jabatan Propaganda Pusat CPC, Du Zhanyuan, Pengarah Kumpulan Penerbitan Antarabangsa China, Zhou Mingwei, Pengerusi Lembaga Persatuan Penterjemah China ke-7, dan Kevin Quark, Pengerusi Persatuan Penterjemah Antarabangsa menyampaikan ucapan pada majlis perasmian. Persidangan itu melantik lembaga dan badan peneraju persatuan yang baharu. Du Zhanyuan dilantik sebagai pengerusi lembaga, Sun Youzhong, ahli Jawatankuasa Tetap CPC BFSU merangkap Naib Presiden BFSU, dilantik sebagai naib pengerusi lembaga, manakala Profesor Wang Kefei dan Profesor Ren Wen dari BFSU telah dilantik sebagai ahli lembaga.

Persidangan itu memberikan anugerah kepada orang-orang yang banyak memberikan sumbangan dalam bidang penterjemahan, termasuk Anugerah Pencapaian Budaya Penterjemahan Sepanjang Hayat, Penterjemah Unggul, dan Penterjemah Asing yang Menterjemahkan Buku-buku China. Tujuh orang profesor dari BFSU memenangi gelaran “Penterjemah Unggul”, iaitu Wang Jun (bahasa Itali), Wang Ruojin (bahasa Inggeris), Li Yingnan (bahasa Rusia), Zhang Zailiang (bahasa Inggeris), Zhang Fang (bahasa Perancis), Hu Wenzhong (bahasa Inggeris), dan Han Ruixiang (bahasa Jerman). BFSU telah dianugerahkan gelaran “Unit Ahli Cemerlang”, dan Institut Penterjemahan Tinggi BFSU pula telah dianugerahkan “Kumpulan Termaju dalam Melawan Pandemik Covid-19”.

 

2 North Xisanhuan avenue, district Haidian, Beijing

Copyright@BFSU.Support by ITC