UNIVERSITI PENGAJIAN

BAHASA-BAHASA ASING BEIJING

Forum Kebangsaan Pembaharuan dan Pembangunan Pendidikan Bahasa Asing di Institusi Pengajian Tinggi ke-6 telah Diadakan

发布时间:2022-06-07


Dari 19 hingga 20 Mac, Forum Kebangsaan Pembaharuan dan Pembangunan Pendidikan Bahasa Asing di Institusi Pengajian Tinggi ke-6 telah diadakan di FLTRP. Tema forumnya ialah “Memahami China, Menghubungkan Dunia”.

Chen Xueliang, Timbalan Pengarah Biro Komunikasi Antarabangsa Jabatan Propaganda Pusat CPC, Wu Shixing, Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Tinggi Kementerian Pendidikan, Zha Peixin, mantan Duta Besar China ke UK, dan Wang Dinghua, Pengerusi Majlis Universiti BFSU, masing-masing membuat laporan utama dengan tajuk-tajuk seperti, “Memupuk penterjemah yang unggul untuk menghubungkan China dengan dunia”, “Mendalami pembinaan sastera liberal baharu, memupuk bakat bahasa asing di era baharu”, “Misi penting, tugas gemilang, maju ke dapan dan memberikan sumbangan”, serta “Meningkatkan keupayaan dan tahap universiti China untuk mengambil bahagian dalam tadbir urus global”.

Wang Dinghua mengemukakan sepuluh langkah untuk universiti China mengambil bahagian dalam tadbir urus global, iaitu memahami dengan jelas kualiti antarabangsa pelajar; memupuk kualiti antarabangsa pelajar; menghasilkan bakat untuk organisasi antarabangsa; merealisasikan kewujudan universiti China di luar negara; mengimport sumber pendidikan berkualiti tinggi dari luar negara; menerangkan konsep tadbir urus global China;`menjalankan penyelidikan mengenai negara serantau; mengambil bahagian dalam penggubalan peraturan dan mekanisme tadbir urus global; beramah dalam menyediakan bantuan pendidikan antarabangsa; menggalakkan pertukaran pendidikan dan budaya antara China dengan negara asing.

Forum itu membuka sembilan forum bertema untuk 92 penceramah memberikan tumpuan kepada isu-isu era pendidikan bahasa asing, dan membincangkan corak baharu dan perkembangan pendidikan serta pengajian tinggi bahasa asing di China.



 

2 North Xisanhuan avenue, district Haidian, Beijing

Copyright@BFSU.Support by ITC