UNIVERSITI PENGAJIAN

BAHASA-BAHASA ASING BEIJING

Mesyuarat Penyelidikan dan Pelancaran Kerja Semester Musim Bunga 2022 Diadakan di BFSU

发布时间:2022-03-03



Pada 23 Februari, mesyuarat penyelidikan dan pelancaran kerja semester musim bunga 2022 telah diadakan.

Wang Dinghua, Pengerusi Majlis Universiti BFSU, Yang Dan, Timbalan Pengerusi Majlis Universiti BFSU merangkap Presiden BFSU, Jia Wenjian, Timbalan Pengerusi Majlis Universiti BFSU merangkap Timbalan Presiden BFSU, Sun Youzhong, Ahli Tetap Majlis Universiti BFSU merangkap Timbalan Presiden BFSU, Hu Zhigang, Timbalan Pengerusi Majlis Universiti BFSU merangkap Presiden Suruhanjaya Pemeriksaan Disiplin, Su Dapeng, Timbalan Pengerusi Majlis Universiti BFSU, Ding Hao, Ahli Tetap Majlis Universiti BFSU merangkap Timbalan Presiden BFSU dan Zhao Gang, Ahli Tetap Majlis Universiti BFSU merangkap Timbalan Presiden BFSU menghadiri upacara ini.

Berdasarkan situasi antarabangsa dan domestik semasa, Wang Dinghua mengkaji dan menilai peluang pembangunan BFSU, lalu membuat rancangan kerja yang komprehensif pada tahun 2022, di samping mengemukakan permintaan khusus terhadap kerja pada semester baharu. Yang Dan membuat laporan khas yang bertajuk Mereka yang Mempunyai Perasaan Tulen terhadap Negara, Membina Corak Baharu Perkhidmatan Sosial BFSU, di samping membuat analisis dan rancangan yang komprehensif terhadap corak baharu perkhidmatan sosial BFSU di bawah situasi baharu.

2 North Xisanhuan avenue, district Haidian, Beijing

Copyright@BFSU.Support by ITC