UNIVERSITI PENGAJIAN

BAHASA-BAHASA ASING BEIJING

BFSU Mengadakan Majlis Ekspedisi Sukarelawan Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Sejuk Beijing 2022

发布时间:2022-02-13

Pada 18 Januari, BFSU mengadakan Majlis Ekspedisi Sukarelawan Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Sejuk 2022 Beijing dan Majlis Pelancaran Perkhidmatan Pusat Panggilan Berbilang Bahasa. Wan Xuejun, Timbalan Pengarah Jabatan Perhubungan Antarabangsa Jawatankuasa Penganjur Olimpik Musim Sejuk Beijing, Wang Dinghua, Pengerusi Majlis Universiti BFSU, Yang Dan, Timbalan Pengerusi Majlis Universiti merangkap Presiden BFSU, Su Dapeng, Timbalan Pengerusi Majlis Universiti dan Ding Hao, Ahli Tetap Majlis Universiti merangkap Naib Presiden BFSU menghadiri majlis tersebut.


Dalam Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Sejuk kali ini, BFSU akan menghantar lebih daripada 900 sukarelawan profesional untuk menyertai perkhidmatan acara-acara yang berkenaan. Bagi pihak universiti, Wang Dinghua menyampaikan bendera kepada Pasukan Sukarelawan Sukan Olimpik Musim Sejuk BFSU dan ini menandakan permulaan kerja Pasukan Sukarelawan Sukan Olimpik Musim Sejuk BFSU.

Menjelang Sukan Olimpik Musim Sejuk, Pusat Panggilan Berbilang Bahasa Beijing akan menyediakan perkhidmatan terjemahan dalam 21 jenis bahasa untuk memenuhi keperluan Sukan Olimpik Musim Sejuk yang bakal diadakan. Yang Dan, Wan Xuejun dan wakil sukarelawan pensyarah dan pelajar bersama-sama melancarkan perkhidmatan Pusat Panggilan Berbilang Bahasa semasa pertandingan dijalankan.

Wan Xuejun mengucapkan terima kasih kepada semua pensyarah dan pelajar BFSU yang berkhidmat untuk pelancaran Sukan Olimpik Musim Sejuk, dan mengemukakan dua harapan untuk pensyarah dan pelajar yang akan memasuki tempat kerja masing-masing, iaitu berani memikul misi dan tanggungjawab di samping menunjukkan kelebihan dalam penggunaan bahasa asing. Su Dapeng pula mengemukakan tiga harapan kepada sukarelawan, yang pertama, mewarisi semangat kesukarelawanan dan memikul tanggungjawab; kedua, mematuhi disiplin dan mencerminkan perasaan kebangsaan; ketiga, menceritakan kisah China dengan baik dan menunjukkan visi global. Ding Hao mengagihkan bekalan kepada wakil sukarelawan bagi pihak universiti.

Guan Bo, wakil sukarelawan pensyarah, Ye Wenxiaoyu, wakil sukarelawan dalam gelung tertutup, dan wakil ibu bapa kepada sukarelawan menyampaikan perasaan dan restu mereka masing-masing melalui ucapan dan video.

2 North Xisanhuan avenue, district Haidian, Beijing

Copyright@BFSU.Support by ITC