UNIVERSITI PENGAJIAN

BAHASA-BAHASA ASING BEIJING

Lima Projek Utama BFSU Diluluskan oleh Yayasan Sains Sosial Kebangsaan China

发布时间:2022-02-13

Baru-baru ini, senarai projek utama yang diluluskan oleh Yayasan Sains Sosial Kebangsaan China 2021 telah diumumkan, antaranya terdapat empat projek adalah daripada BFSU dan menjadikan universiti ini menduduki tempat ke-21 di negara. Pada masa yang sama, “Pengarangan dan Penyelidikan Siri Bahan Pengajaran Berbilang Bahasa ‘Memahami China Kontemporari’ untuk Jurusan Bahasa Asing di Institut Pengajian Tinggi” yang diketuai oleh BFSU dengan Profesor Wang Dinghua, Pengerusi Majlis Universiti BFSU sebagai ketua pakarnya telah diluluskan oleh Kumpulan Pimpinan Kerja-kerja Falsafah dan Sains Sosial Kebangsaan dan menjadi projek utama yang ditauliahkan oleh Yayasan Sains Sosial Kebangsaan China pada 2021.


Sebelum ini, 16 projek BFSU telah diluluskan oleh Projek Tahunan Yayasan Sains Sosial Kebangsaan China, 5 projek telah diluluskan oleh Yayasan Sains Semula Jadi Kebangsaan China, 10 projek telah diluluskan oleh Projek Umum Penyelidikan Sains Kemanusiaan dan Sains Sosial Kementerian Pendidikan, dan 5 projek telah diluluskan oleh Yayasan Sains Sosial Bandar Beijing. Projek-projek tersebut merangkumi pelbagai disiplin seperti linguistik, kesusasteraan, kewartawanan dan komunikasi, pengurusan dan kajian tentang isu-isu antarabangsa.

2 North Xisanhuan avenue, district Haidian, Beijing

Copyright@BFSU.Support by ITC