UNIVERSITI PENGAJIAN

BAHASA-BAHASA ASING BEIJING

"Forum Sarjana China dan Sarjana Asing Institut Kongzi BFSU 2021" Diadakan

发布时间:2021-12-15

Pada 9 Disember, "Forum Sarjana China dan Sarjana Asing Institut Kongzi BFSU 2021" diadakan dengan cara menggabungkan kaedah dalam talian dan luar talian. Tema forum ini ialah "Pendidikan Bahasa China Antarabangsa dalam Era Pasca Pandemik Covid-19" yang bertujuan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pendidikan bahasa China antarabangsa dalam era pasca Pandemik Covid-19, membincangkan cara mengubah krisis menjadi peluang bagi menghadapi cabaran, dan menggalakkan perkembangan berkualiti tinggi pendidikan bahasa China antarabangsa.

Wang Dinghua, Pengerusi Majlis Universiti BFSU, Yang Dan, Timbalan Pengerusi Majlis Universiti merangkap Presiden BFSU, Presiden Universiti Pengajian Bahasa-bahasa Asing Korea, Presiden Universiti Pengajian Bahasa-bahasa Asing Kebangsaan Moscow, Rusia dan yang lain-lain menghadiri majlis perasmian. Wakil-wakil daripada Institut Kongzi BFSU di seluruh dunia menjalankan perbincangan mengenai "organisasi aktiviti dalam talian" dan "pengajaran gabungan kaedah dalam talian dan luar talian". Hampir seratus orang menghadiri majlis ini, termasuk dekan dan pengarah Institut Kongzi bagi pihak China dan pihak asing serta wakil mantan pengarah Institut Kongzi bagi pihak China.


2 North Xisanhuan avenue, district Haidian, Beijing

Copyright@BFSU.Support by ITC