UNIVERSITI PENGAJIAN

BAHASA-BAHASA ASING BEIJING

Mesyuarat Pujian Pekerja dalam Menjayakan Upacara Perayaan Ulang Tahun ke-80 Penubuhan BFSU

发布时间:2021-12-15

Pada 8 Disember, mesyuarat pujian pekerja dalam menjayakan upacara perayaan ulang tahun ke-80 penubuhan BFSU telah diadakan di Dewan Persidangan Antarabangsa Bangunan Bahasa Arab. Wang Dinghua, Pengerusi Majlis Universiti BFSU, Yang Dan, Timbalan Pengerusi Majlis Universiti merangkap Presiden BFSU, Jia Wenjian, Timbalan Pengerusi Majlis Universiti merangkap Naib Presiden BFSU, Sun Youzhong, Ahli Tetap Majlis Universiti merangkap Naib Presiden BFSU, Hu Zhigang, Timbalan Pengerusi Majlis Universiti merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pemeriksaan Disiplin, Su Dapeng, Timbalan Pengerusi Majlis Universiti, Ding Hao dan Zhao Gang, Ahli Tetap Majlis Universiti merangkap Naib Presiden BFSU menghadiri mesyuarat ini.

Mesyuarat ini memuji kumpulan dan individu yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam persediaan upacara perayaan ulang tahun ke-80 penubuhan BFSU. Pemimpin yang menghadiri mesyuarat ini berturut-turut menyampaikan sijil penghormatan kepada sukarelawan cemerlang, individu unggul, kumpulan unggul, dan wakil institut yang memberikan sumbangan cemerlang kepada persediaan upacara perayaan ulang tahun ke-80 penubuhan BFSU.


2 North Xisanhuan avenue, district Haidian, Beijing

Copyright@BFSU.Support by ITC