UNIVERSITI PENGAJIAN

BAHASA-BAHASA ASING BEIJING

Universiti Pengajian Bahasa-bahasa Asing Beijing (BFSU) Melancarkan Latihan Sukarelawan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022

发布时间:2021-12-03


Pada 10 November, majlis pelancaran untuk latihan sukarelawan Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Sejuk 2022 Universiti Pengajian Bahasa-bahasa Asing Beijing (BFSU) diadakan. Zhang Lina, Timbalan Pengarah Jabatan Sukarelawan Jawatankuasa Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing, dan Su Dapeng, Timbalan Pengerusi Majlis BFSU menghadiri acara itu. Wakil ahli Kumpulan Kerja Khas Sukarelawan Sukan Olimpik Musim Sejuk BFSU dan hampir 500 wakil sukarelawan guru dan pelajar BFSU turut menyertai aktiviti itu.

Latihan yang akan berlangsung selama satu bulan ini dibahagikan kepada empat modul, iaitu pembelajaran asas, pengembangan pengetahuan, latihan amali, dan peningkatan literasi komprehensif. Latihan ini bermatlamat untuk meningkatkan kualiti komprehensif, kesedaran perkhidmatan dan kemahiran profesional para sukarelawan Sukan Olimpik Musim Sejuk BFSU secara menyeluruh melalui gabungan pembelajaran pengetahuan dan pengalaman praktikal, gabungan latihan kemahiran dan latihan fizikal, gabungan aktiviti peringkat universiti dan peringkat institut, serta gabungan kandungan perkhidmatan dan ciri-ciri subjek masing-masing.

Semasa Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Sejuk Beijing 2022, BFSU akan menghantar lebih daripada 800 sukarelawan profesional. Perkhidmatan mereka meliputi 6 pasukan projek sukarelawan profesional, termasuk perkhidmatan bahasa, protokol, NCS, OFS, pameran sukan dan operasi media, di samping merangkumi semua stadium Sukan Olimpik Musim Sejuk, Perkampungan Sukan Olimpik Musim Sejuk dan dataran penyampaian anugerah di Beijing dan Zhangjiakou, serta ibu pejabat Jawatankuasa Sukan Olimpik Musim Sejuk, pusat media utama, pusat berita Shandi dan hotel keluarga Olimpik. BFSU merupakan universiti yang mempunyai bilangan sukarelawan profesional yang paling ramai. Pada masa yang sama, hampir seratus guru dan pelajar akan menyediakan perkhidmatan terjemahan bahasa pihak ketiga untuk acara tersebut di Pusat Perkhidmatan Berbilang Bahasa Beijing.

2 North Xisanhuan avenue, district Haidian, Beijing

Copyright@BFSU.Support by ITC