UNIVERSITI PENGAJIAN

BAHASA-BAHASA ASING BEIJING

Pembukaan Forum Pendidikan Perbandingan dan Pendidikan Antarabangsa Universiti Pengajian Bahasa-bahasa Asing Beijing (BFSU) Kali Kedua

发布时间:2021-12-03


Pada 23 Oktober, Mesyuarat Tahunan Akademik Cawangan Pendidikan Antarabangsa Persatuan Pendidikan China 2021 dan Forum Pendidikan Perbandingan dan Pendidikan Antarabangsa Universiti Pengajian Bahasa-bahasa Asing Beijing (BFSU) Kali Kedua diadakan secara rasminya.

Qin Changwei, Setiausaha Agung Jawatankuasa Kebangsaan UNESCO China, Wang Dinghua, Pengerusi Cawangan Pendidikan Antarabangsa Persatuan Pendidikan China merangkap Pengerusi Majlis BFSU menghadiri acara itu.

Wang Dinghua memberi ucaptama bertajuk Memperkukuh Pembinaan Kapasiti China untuk Menyertai Tadbir Urus Pendidikan Global. Beliau berkata bahawa untuk mengukuhkan keupayaan China untuk mengambil bahagian dalam tadbir urus pendidikan global, yang pertama, tumpuan mesti diberikan kepada pemupukan orang berbakat dalam bidang tadbir urus pendidikan global; kedua, pemerhatian mesti diberikan kepada penyelidikan tentang tadbir urus pendidikan global; ketiga, mesti ditingkatkan keupayaan untuk menceritakan hasil pendidikan China; keempat, adalah perlu untuk mempergiatkan pertukaran dengan institusi antarabangsa untuk meningkatkan kerjasama; dan kelima, adalah perlu memberikan tumpuan kepada pembinaan platform bagi perkembangan tadbir urus pendidikan global.

Dalam majlis perasmian, diadakan juga upacara penganugerahan Anugerah Wenhui untuk Inovasi Pendidikan di Rantau Asia-Pasifik. Projek "Kuliah Tidak Berhenti Semasa Epidemik: Kursus Video di Saluran TV Nasional" daripada Institut Pendidikan Kebangsaan Maldives dan projek "Memperkukuh Pendidikan Sains untuk Memerangi Wabak Covid-19" daripada Yayasan Himalaya Sumber Nepal memenangi Anugerah Wen Hui.

2 North Xisanhuan avenue, district Haidian, Beijing

Copyright@BFSU.Support by ITC