UNIVERSITI PENGAJIAN

BAHASA-BAHASA ASING BEIJING

Meraikan Ulang Tahun ke-80 Penubuhan Universiti Pengajian Bahasa-bahasa Asing Beijing (BFSU)

发布时间:2021-10-08


Pada 26 September, sambutan ulang tahun ke-80 penubuhan Universiti Pengajian Bahasa-bahasa Asing Beijing (BFSU) berjaya diadakan. Presiden China, Xi Jinping membalas surat kepada profesor-profesor lama BFSU, dan mengucapkan tahniah kepada BFSU atas ulang tahun ke-80 penubuhannya, di samping menyampaikan salam ikhlas kepada semua pensyarah, pelajar, staf dan alumni BFSU.



Timbalan Menteri Pendidikan, Zhong Denghua menunjukkan bahawa sejak penubuhannya pada 80 tahun yang lalu, BFSU telah melatih sebilangan besar bakat yang berkualiti tinggi dalam bidang-bidang seperti hal ehwal luar negeri, diplomatik, perdagangan antarabangsa dan bahasa asing. Diharapkan bahawa BFSU akan melaksanakan sepenuhnya tugas asas untuk memupuk orang-orang yang berbakat, dan berusaha untuk memupuk bakat yang lebih ramai dengan mempunyai sentimen keluarga dan nasional, visi global, dan kemahiran profesional. Memperkukuhkan pembinaan tenaga pengajar secara menyeluruh, memainkan peranan profesor-profesor lama dengan sepenuhnya sebagai pembimbing kepada tenaga pengajar muda.

Timbalan Ketua Setiausaha PBB, Movses Abelian mengirim surat ucapan tahniah, meninjau sejarah kerjasama erat antara PBB dengan BFSU, dan berharap BFSU akan terus menyumbang kepada pemupukan bakat berbahasa asing yang berkualiti tinggi pada masa depan.




Bagi pihak BFSU, Wang Dinghua, Pengerusi Majlis BFSU, mengucapkan terima kasih yang tulus ikhlas dan rasa hormat yang tertinggi kepada orang-orang dari semua lapisan masyarakat yang mengambil berat dan menyokong pembinaan dan pembangunan BFSU. Beliau menunjukkan bahawa selama 80 tahun, BFSU selalu berada di barisan yang paling hadapan dalam perkembangan pendidikan bahasa asing di China, begitu juga di barisan yang paling hadapan dalam pertukaran peradaban dunia dan pembelajaran bersama, dan telah mengambil bahagian dan mendorong proses kegemilangan Bangsa China di dunia. Wang Dinghua menekankan bahawa tahun 2021 adalah tahun pertama bagi negara kita untuk memulakan perjalanan baharu bagi membangun sebuah negara moden sosialis secara menyeluruh dan bergerak menuju ke matlamat seratus tahun yang kedua. Kita mesti menganggap perayaan ulang tahun penubuhan BFSU ini sebagai titik permulaan baharu, dan memberikan sumbangan baharu yang lebih besar untuk mempromosikan China kepada dunia dengan lebih baik, di samping mendorong dunia untuk memahami China dengan lebih baik.



Seterusnya, Presiden BFSU, Yang Dan menyampaikan ucapan. Beliau meninjau sejarah penubuhan universiti dan menantikan masa depan universiti. Beliau mengatakan bahawa BFSU adalah perintis, penyumbang dan pemimpin dalam bidang pendidikan bahasa asing peringkat tinggi di China. Dalam peristiwa sejarah nasional dan peristiwa penting antarabangsa, orang BFSU mesti ikut serta untuk mendorong China memahami dunia yang bersifat kepelbagaian dan juga membantu dunia memahami China yang sedang mengalami perubahan. Yang Dan menunjukkan bahawa dari titik permulaan sejarah yang baharu, BFSU akan membina sebuah universiti bahasa asing yang bertaraf antarabangsa, mengutamakan keistimewaan, bertahap tinggi dan bersifat kompleks. Di samping itu, berusaha untuk membina BFSU menjadi peneroka kecerdasan bahasa global, perintis revolusi pendidikan bahasa global serta peneraju inovasi dan pengembangan universiti bahasa asing di seluruh dunia.


Hao Ping, Presiden Universiti Peking, menyampaikan ucapan bagi pihak universiti-universiti. Beliau mengatakan bahawa pembangunan selama 80 tahun menjadikan BFSU sebuah universiti yang mempunyai jurusan bahasa asing yang terbanyak di dunia, mempunyai reputasi akademik yang tinggi dan pengaruh yang luas. Victor Antonovich Sadovnic, Presiden Universiti Moscow, menyampaikan ucapan bagi pihak universiti koperasi asing melalui rakaman video. Duta Besar UAE ke China, Ali Zahiri menyampaikan ucapan bagi pihak utusan asing di China. Zhang Yesui, Ketua Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Negeri Kongres Rakyat Kebangsaan China menyampaikan ucapan bagi pihak alumni. Profesor Ren Wen, Dekan Institut Pengajian Terjemahan dan Interpretasi menyampaikan ucapan bagi pihak pensyarah.


Zheng Jichun, Timbalan Pengerusi Majlis Suruhanjaya Pendidikan Jawatankuasa Perbandaran Beijing, Li Zhaoxing, mantan Menteri Luar Negeri China, Qiu Yuanping, Timbalan Pengarah Jawatankuasa Hong Kong, Macao, Taiwan dan Orang China di Luar Negeri bagi Jawatankuasa CPPCC, dan Leftenan Jeneral Chen Jianfei, Timbalan Komisar Politik Pasukan Polis Bersenjata Rakyat China menghadiri persidangan tersebut. Tetamu dari bidang luar negeri, diplomasi, perdagangan asing dan bahasa asing turut menghadiri majlis tersebut.



 

2 North Xisanhuan avenue, district Haidian, Beijing

Copyright@BFSU.Support by ITC