UNIVERSITI PENGAJIAN

BAHASA-BAHASA ASING BEIJING

BFSU Menganjurkan Kem Musim Panas “Jambatan Bahasa Mandarin 2021”

发布时间:2021-08-27


20 Julai hingga 7 Ogos, BFSU menganjurkan program pertukaran secara kumpulan dalam talian “Jambatan Bahasa Mandarin 2021”, antaranya kem musim panas dalam talian untuk pelajar sekolah menengah di Eropah, iaitu “Keasyikan dan Tanggapan”, kem musim panas dalam talian untuk mahasiswa-mahasiswi, yakni “Mengesan Jejak China-Stesen Lingnan” (Dwibahasa, bahasa China dan bahasa Jerman) dan sebagainya.

Program pertukaran secara kumpulan dalam talian “Jambatan Bahasa Mandarin 2021” bertemakan “Pengintensifan Bahasa Mandarin + Penghayatan Kebudayaan”. Pelajar mempelajari bahasa dalam kelas kecil, manakala mempelajari budaya dalam ceramah. Pengajaran tersebut disampaikan melalui siaran langsung dan rakaman yang telah disediakan. Gabungan kaedah ini membantu para pelajar dari pelbagai negara untuk mengenali budaya China daripada pelbagai aspek, mengetahui negara China moden dengan mendalam, di samping meningkatkan tahap penguasaan bahasa Mandarin.

Kem musim panas dalam talian untuk pelajar sekolah menengah di Eropah, iaitu “Keasyikan dan Tanggapan” dan kem musim panas mahasiswa-mahasiswi meliputi kursus bahasa Mandarin, aktiviti bertemakan “Kebudayaan Tradisional China”, ceramah bertemakan China, siri rakaman video “Belajar di Beijing” dan siri rakaman video “Menceritakan China dengan Pelbagai Bahasa”. Peserta terdiri daripada 176 orang pelajar yang datang dari 11 buah negara, antaranya Rusia, Hungary, Bulgaria, Czech, Sepanyol dan sebagainya.

Kem musim panas dalam talian untuk mahasiswa-mahasiswi, yakni “Mengesan Jejak China-Stesen Lingnan” (Dwibahasa, bahasa China dan bahasa Jerman) memfokuskan pewarisan dan perkembangan sejarah dan kebudayaan di kawasan Lingnan, China, di samping meliputi tiga bahagian utama, iaitu kursus bahasa Mandarin, kursus pengenalan budaya dan latihan tambahan. Peserta terdiri daripada 97 orang pelajar yang datang dari 14 buah negara, antaranya Jerman, Luxembourg, Portugal, Britain, Polan dan sebagainya.

2 North Xisanhuan avenue, district Haidian, Beijing

Copyright@BFSU.Support by ITC