UNIVERSITI PENGAJIAN

BAHASA-BAHASA ASING BEIJING

“Kelas Tenaga Pengajar Konfusianisme Antarabangsa dan Kebudayaan China 2021” Dibuka

发布时间:2021-08-04

Pada 20 Julai, upacara pembukaan kelas untuk “Kelas Tenaga Pengajar Konfusianisme Antarabangsa dan Kebudayaan China 2021” yang dianjurkan bersama oleh Persekutuan Konfusianisme Antarabangsa dan BFSU telah dianjurkan dengan berjaya. Jia Deyong, Ketua Setiausaha Persekutuan Konfusianisme Antarabangsa dan Zhao Gang, Ahli Jawatankuasa Tetap, Jawatankuasa Parti Komunis China BFSU merangkap Timbalan Naib Canselor BFSU telah menghadiri upacara ini.

Kelas tenaga pengajar tahun ini berlanjutan selama 13 hari dalam talian dengan bahasa Inggeris sebagai bahasa perantaraannya. Terdapat lebih 120 orang peserta yang datang dari 26 buah negara menyertai kelas ini. Kumpulan tenaga pengajar terdiri daripada pensyarah-pensyarah di dalam dan di luar negara. Ratusan pakar, sarjana dan peserta daripada lebih 50 buah institusi pengajian tinggi sama ada di dalam atau di luar negara telah menghadiri upacara pembukaan kelas tersebut, termasuk Peking University, Tsinghua University, Beijing Foreign Studies University, University of Oxford, The University of Munich, The Australian National University dan sebagainya.


2 North Xisanhuan avenue, district Haidian, Beijing

Copyright@BFSU.Support by ITC