UNIVERSITI PENGAJIAN

BAHASA-BAHASA ASING BEIJING

Presiden Peng Long Melawat Negara Hungary

发布时间:2019-04-26

Presiden Peng Long, Presiden BFSU menghadiri Majlis Perayaan Ulang Tahun ke-10 Pembangunan Institut Konfusius, Universiti Eötvös Loránd ketika beliau melawat negara Hungary pada 3hb hingga 6hb Oktober 2016 yang lalu.

彭校长访问匈牙利配图

Pada petang 5hb, Majlis Perayaan Ulang Tahun ke-10 Pembangunan Institut Kongzi, Universiti Eötvös Loránd telah diadakan. Majlis ini turut dihadiri oleh Liu Yunshan ahli Jawatankuasa Tetap Politburo Pusat Parti Komunis China, Mátrai Márta Naib Speaker Kongres negara Hungary, István Íjgyártó Menteri Diplomatik dan Ekonomi Antarabangsa, Mezey Barna presiden Universiti Eötvös Loránd, Szilas Cecília Duta Besar Hungary di negara China, Duan Jielong Duta Besar China di negara Hungary, Xu Lin Ketua Eksekutif Ibu Pejabat Institut Konfusius, Ma Jianfei Timbalan Ketua Eksekutif Ibu Pejabat Institut Konfusius dan Presiden Peng Long presiden BFSU. Dalam majlis ini, Presiden Peng Long juga turut menghadiri Mesyuarat Majlis Institut Konfusius 2016 di Universiti Eötvös Loránd.

Dalam tempoh lawatan tersebut, Presiden Peng Long juga menghadiri majlis yang menyaksikan Xu Lin dianugerahi Ijazah kedoktoran Kehormat (PHD), mengunjungi Kedutaan China di Hungary dan mengadakan pertemuan dengan presiden Universiti Eötvös Loránd.

2 North Xisanhuan avenue, district Haidian, Beijing

Copyright@BFSU.Support by ITC