UNIVERSITI PENGAJIAN

BAHASA-BAHASA ASING BEIJING

Institut Pendidikan Atas Talian BFSU

发布时间:2019-04-26

Institut Pendidikan Atas Talian BFSU yang ditubuhkan pada tahun 2013 menggabungkan empat Badan yang asalnya dikenali dengan nama lain. Dalam institut ini, terdapat 115 orang kakitangan, antaranya 26 orang pensyarah khas, 20 orang kakitangan pentadbiran, 69 orang kakitangan asing.

Turut ditubuhkan bahagian latihan bagi orang awam yang bakal menuntut di luar negara dan sebuah pusat peperiksaan BFSU ditubuhkan di bawah Kementerian Pendidikan. Prinsip  institut ini adalah mengutamakan kualiti dalam pendidikan untuk orang awam (dewasa), menerima 200 orang pelajar baharu setiap tahun, mempunyai graduan yang berkebolehan berbahasa asing dan disanjung tinggi oleh pihak majikan.  Program Pendidikan Ijazah dalam institut ini menawarkan 7 jurusan termasuk Bahasa Inggeris, Pentadbiran Perniagaan, Perakaunan, Kewangan, E-dagang, Pengurusan Maklumat dan Teknologi Maklumat, Perdagangan Antarabangsa. Di bawah program ini, lebih 45000 orang pelajar telah berdaftar. Institut ini juga telah mengadakan hubungan kerjasama jangka masa panjang dengan pelbagai syarikat untuk melatih pelajar ke peringkat antarabangsa.Selain itu, institut ini juga menawarkan latihan pengajaran Bahasa China kepada penutur asing serta Latihan Kemasyarakatan.

Institut Pendidikan Atas Talian ini menawarkan Pendidikan Bersijil dan Pendidikan Tanpa Sijil. Kepentingan masyarakat diutamakan dalam pembinaan akademik.Program ini merupakan pendidikan tambahan yang berfaedah kepada masyarakat.

2 North Xisanhuan avenue, district Haidian, Beijing

Copyright@BFSU.Support by ITC