UNIVERSITI PENGAJIAN

BAHASA-BAHASA ASING BEIJING

Akademi Pendidikan

发布时间:2019-04-26

Akademi Pendidikan BFSU ditubuhkan pada 17 Jun 2015. Matlamat penubuhan akademi ini bertujuan untuk menggalakkanperkembangan pendidikan, meningkatkan peringkat penyelidikan pendidikan bahasa asing dan membangunkan tenaga akademi serta melahirkan pensyarah-pensyarah yang berkualiti.

Pada masa ini, kebanyakan tenaga kerja di akademi ini terdiri daripada pensyarah yang bekerja di Pusat Penyelidikan Pendidikan Bahasa Asing China. Di pusat ini terdapat 5 orang penyelidik yang berkelulusan Ijazah Sarjana Kedoktoran, iaitu 4 orang profesor (juga penyelia kedoktoran) dan seorang profesor madya.

Akademi Pendidikan telah memperoleh kejayaan cemerlang kerana berjaya menganjurkan program latihan perkhidmatan. Contohnya, Program Latihan Utama Bahasa Asing Guru Muda dan Pertengahan Umur telah dijalankan selama 10 tahun berturut-turut di samping melaksanakan Projek Pembangunan Guru Cemerlang di Sekolah Rendah dan Menengah Beijing (Bahasa Inggeris).

2 North Xisanhuan avenue, district Haidian, Beijing

Copyright@BFSU.Support by ITC