UNIVERSITI PENGAJIAN

BAHASA-BAHASA ASING BEIJING

Institut Pengajian Marxisme

发布时间:2019-04-26

Institut Pengajian Marxisme ditubuhkan pada September 2007. Pada mulanya institut ini dikenali sebagai Institut Pengajian Falsafah dan Sains Sosial tetapi selepas Jun 2014, nama institut ini ditukar kepada Institut Pengajian Marxisme. Penubuhan institut  ini diasaskan dari Jabatan Sains Sosial yang dibentuk pada 30 tahun yang lalu.

Agensi Pemerintahan Institut Pengajian Marxisme terdiri daripada Cawangan Utama Parti Komunis China Institut dan Agensi Pentadbiran Institut, di bawahnya terdapat dua agensi lagi, iaitu Komiti Akademi Institut dan Komiti Pengurusan Institut. Di dalam institut tersebut terdapat lima pejabat pengajian dan pengajaran, empat pusat pengajian dan sebuah arkib serta sebuah pejabat pentadbiran. Misi utama Institut Pengajian Marxisme untuk menawarkan Kursus Teori Ideologi dan Politik, Kursus Liberal, dan menjalankan pengajian akademi dalam bidang Marxisme. Kursus-kursus tersebut ditawarkannya kepada semua pelajar BFSU, termasuk pelajar-pelajar Sarjana Muda, pelajar-pelajar Sarjana serta pelajar-pelajar Ph.D. Sekarang Institut Pengajian Marxisme menawarkan program-program di peringkat Sarjana seperti Program Pengajian Sosialisme Saintifik dan Pergerakan Komunis Antarabangsa, dan Program Pengajian Diplomasi (bidang Diplomasi Budaya) serta program-program yang lain dalam bidang Sosiologi dan Diplomasi Budaya. Terdapat 16 orang pensyarah sedang berkhidmat di sini, antaranya dua orang profesor, enam orang Profesor Madya dan enam orang pensyarah serta seorang pentadbir.

2 North Xisanhuan avenue, district Haidian, Beijing

Copyright@BFSU.Support by ITC