UNIVERSITI PENGAJIAN

BAHASA-BAHASA ASING BEIJING

Institut Bahasa dan Kesusasteraan China

发布时间:2019-04-26

Institut Bahasa dan Kesusasteraan China (SCLL) ditubuhkan sejak 60 tahun yang lalu. Kini, institut ini mempunyai tiga unit pengajaran termasuk Jurusan Bahasa dan Kesusasteraan China, Jurusan Pengajaran Bahasa Mandarin kepada Orang Asing  dan Pusat Pelatihan Bahasa Mandarin. Jurusan Bahasa dan Kesusasteraan China menawarkan program Sarjana Muda dan program Sarjana untuk pelajar-pelajar China, Jurusan Pengajaran Bahasa Mandarin kepada Orang Asing menawarkan program terhadap pelajar-pelajar asing, manakala Pusat Pelatihan Bahasa Mandarin menawarkan Program Tanpa Ijazah untuk pelajar-pelajar asing secara khusus. Selain dari itu, SCLL juga memikul amanah Ibu Pejabat Institut Kongzi (Hanban) untuk mengendalikan dan mengembangkan ‘Pusat Berbilang Bahasa bagi Penyebaran Bahasa Mandarin.’ SCLL juga bertanggungjawab untuk mendorong pengajaran bahasa Mandarin dalam 21 buah Institut Kongzi di BFSU dan berbelas-belas universiti-universiti asing.

Pensyarah-pensyarah di SCLL amat berpengalaman, berkeistimewaan, berkepakaran dalam pelbagai bidang serta komited dalam kerjaya masing-masing. Sekarang terdapat 65 orang pensyarah berkhidmat di sini, antaranya 32 orang bergelaran tinggi, 32 orang mempunyai Ijazah Ph.D. Lebih daripada 1500 pelajar sedang menuntut di sini, antaranya lebih daripada 500 orang pelajar China serta, lebih daripada 1000 orang pelajar asing yang berasal dari 40 buah negara dan kawasan.

Terdapat dua jurusan di SCLL, iaitu Jurusan Bahasa dan Kesusasteraan China dan Jurusan Pengajaran Bahasa Mandarin Kepada Orang Asing. SCLL menawarkan program-program peringkat sarjana seperti Program Linguistik dan Linguistik Terapan, Program Filologi Bahasa Mandarin, Program Kesusasteraan Bandingan dan Kesusasteraan Dunia, Program Kesusasteraan Klasik dan Program Pengajaran Bahasa Mandarin kepada Orang Asing. Selain daripada itu, SCLL juga menawarkan program-program peringkat Ph.D. seperti Program Sastera Bandingan dan Pengajian Rentas Budaya, dan Program Pengajaran Bahasa Mandarin. Kerajaan Beijing  telah menyenaraikan Program Sastera Bandingan dan Pengajian Rentas Budayase  bagai program yang penting. Program-program tersebut terbuka kepada pelajar-pelajar di seluruh dunia.

Misi SCLL adalah melatih pelajar yang berkemahiran dalam pengajian bahasa, budaya China dan fasih berbahasa asing, supaya mereka bertaraf tinggi, berilmu dan globalisasi. Oleh itu, SCLL mempunyai cara tersendiri untuk menghasilkan graduan yang unggul. Pelajar-pelajar dari dalam dan luar negara saling berkomunikasi dengan aktif untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang global. Oleh itu, dalam  hal  ini budaya China dan  budaya  lain memainkan peranan utama dalam proses pembelajaran ini.

SCLL mengutamakan pengajian akademik, oleh itu institut ini menubuhkan  Program Pengajian Akademi Pensyarah, Dana Pengajian Akademi Siswazah, dan Sistem Ganjaran Pengajian Akademi. Selain dari itu, SCLL juga telah menganjurkan Forum Bahasa dan Budaya China Siswazah China–Jepun, Forum Siswazah, Persidangan Tahunan Pengajian Akademi Pensyarah dan Ceramah Akademi Tokoh Kenamaan Dalam dan Luar Negara. Sehubungan dengan itu, SCLL telah membentuk suasana pengajian akademi yang hebat dan menghasilkan pencapaian yang cemerlang.

Terdapat dua agensi pengajian di SCLL, iaitu Pusat Maklumat Pengajaran Bahasa Mandarin kepada Orang Asing, Pusat Pengajian Sastera Bandingan dan Pengajian Rentas Budaya. SCLL pula menerbitkan majalah-majalah akademik seperti Pengajian Bahasa Mandarin kepada Orang Asing, Majalah Kemanusiaan dan Budaya. Selain daripada itu, SCLL juga bertanggungjawab untuk menguruskan tempat peperiksaan Kemahiran Bahasa Mandarin (HSK) dan Peperiksaan Kemahiran Lisan Bahasa Mandarin (HSKK) serta Peperiksaan Lesen Pensyarah Bahasa Mandarin kepada Orang Asing.

2 North Xisanhuan avenue, district Haidian, Beijing

Copyright@BFSU.Support by ITC