Pada tahun 2000, Pusat Penyelidikan Pendidikan Bahasa Asing China ditubuhkan sebagai asas kepada Insitusi Pengajian Bahasa Asing dan tenaga penyelidikan Fakulti Bahasa Inggeris. Pada tahun yang sama, nama pusat ini ditukar oleh Kementerian Pendidikan kepada ‘Pusat Penyelidikan Kemanusiaan dan Sains Sosial Institusi Pengajian Tinggi’.
Pusat ini menjalankan penyelidikan dengan mengutamakan pengajian teori pendidikan bahasa asing dan kajian perbandingan bahasa asing dengan dwibahasa. Selain itu, ia juga melakukan penyelidikan tentang Penilaian, pembelajaran dan pengajaran bahasa asing sebagai tugas utama.
Tugas pusat ini adalah:
Melaksanakan projek penyelidikan yang penting, menghasilkan penyelidikan dan menjadi pangkalan penyelidikan utama milik negara serta mendapatkan reputasi tinggi;
Menghasilkan bijak pandai yang berijazah tinggi, melahirkan pelapis akademik yang berinovasi;
Membangunkan pusat maklumat buku pendidikan bahasa asing yang berkelas pertama di dalam negara, dan mengadakan pertukaran akademik dalam dan luar negeri secara multidimensi.
Memberikan khidmat nasihat tentang perkembangan dan transformasi pendidikan bahasa asing China kepada institusi yang berkaitan.
Terdapat 13 orang penyelidik di pusat sekarang, termasuk 10 orang pensyarah dan 2 orang professor madya yang mempunyai Ijazah Kedoktoran. Selain itu, juga terdapat 4 orang penyelidik sambilan (Ijazah kedoktoran)dalam negara yang diupah. Pusat Penyelidikan Pendidikan Bahasa Asing China amat mengutamakan penyelidikan dan hasil penyelidikan yang berkualiti. Sejak 2009 hingga 2015, pusat ini telah memperoleh sebanyak 46 projek, antaranya 12 projek yang disokong oleh Yayasan Kebangsaan Sains Sosial, 3 projek penting sains pendidikan negara, 11 projek penting Pusat Kementerian Pendidikan dan sebagainya.
Setakat ini, Pusat Penyelidikan Pendidikan Bahasa Asing China telah menghasilkan atau menerbitkan 430 naskhah tesis dan monograph, dan beberapa kali dianugerahkan pencapaian cemerlang kemanusiaan dan sains sosial. Pusat ini dilengkapi dengan kumpulan sarjana dan doktor yang menuntut dalam bidang linguistik bahasa asing dan linguistik penggunaan. Setiap tahun, pusat ini akan mengambil 20 orang pelajar Ijazah Sarjana Penyelidikan dan 20 orang pelajar Ijazah Sarjana Kedoktoran. Kini terdapat 5 orang peyelidik berkelulusan Ijazah Sarjana Kedoktoran. Boleh dikatakan, Pusat Penyelidikan Pendidikan Bahasa Asing telah menjadi pusat penting untuk melatih pakar penyelidikan bahasa asing di negara China.