UNIVERSITI PENGAJIAN

BAHASA-BAHASA ASING BEIJING

Sekolah Pengajian Asia dan Afrika

发布时间:2019-04-26

Sekolah Pengajian Asia dan Afrika yang asalnya disebut sebagai Fakulti Bahasa-bahasa Asia dan Afrika ditubuhkan pada tahun 1961. Kini, terdapat 16 jurusan Sarjana Muda dan 17 jurusan bahasa asing ditawarkan di sekolah ini. Dengan itu, terdapat 33 jenis bahasa semuanya menjadikannya sebuah sekolah yang tertua. Banyak jurusan bahasa bukan sejagat Asia Afrika turut ditawarkan di semua institusi pengajian bahasa asing negara China. Sekolah Pengajian Asia dan Afrika telah mewujudkan Pusat Pengajian Asia Tenggara, Pusat Pengajian Asia Selatan, Pusat Pengajian Asia Barat dan Afrika, Pusat Pengajian Korea-Korea Utara, Pusat Pengajian Sri Lanka, Pusat Indonesia dan Pusat Iran. Selain itu pihak sekolah menerbitkan jurnal akademik Pengajian Asia-Afrika dari semasa ke semasa.

Buat masa ini, terdapat 50 tenaga pengajar di sekolah ini, antaranya terdapat profesor dan 20 orang Profesor Madya, dan 21 orang yang mempunyai Ijazah Doktor Falsafah. Setiap tahun, pihak sekolah akan menjemput lebih 10 orang pakar luar negeri untuk datang mengajar dan menggaji ramai sarjana yang terkenal di dalam dan luar negeri untuk menjawat jawatan profesor pelawat. Kini terdapat hampir 500 orang pelajar Sarjana Muda, Sarjana dan Sarjana  Kedoktoran sedang menuntut. Di samping memupuk kemahiran bahasa, pihak sekolah juga mengamalkan pengajaran khusus secara menawarkan pendidikan umum, menggubal kursus-kursus yang berlainan berdasarkan negara dan wilayah, dan menubuhkan pusat pengajaran China-Asia dan Afrika.

Sekolah Pengajian Asia-Afrika mempunyai objektif iaitu pengajaran yang lengkap dan mempunyai sumber penyelidikan. Dan mewujudkan program melatih para pelajar Sarjana Muda dan Sarjana sebagai intelektual antarabangsa yang bersifat multilingual, silang-disiplin dan berkualiti tinggi untuk negara China. Di samping menjadikan Sekolah Pengajian Asia-Afrika sebagai pusat Latihan Intelektual Bahasa Bukan Sejagat.

Pada masa yang sama, selaras dengan strategi diplomasi negara, pihak sekolah bercita-cita untuk meluaskan bidang pengajian akademik sehingga meliputi 26 negara dalam enam wilayah, iaitu Asia Timu, Asia Tenggara, Asia Selatan, Asia Barat, Afrika Timu dan Afrika Barat dari segi geografi, dan melingkupi bidang pengajian sains sosial seperti kesusasteraan dan pengajian negara dan wilayah dari segi akademik. Sekolah Pengajian Asia-Afrika akan  terus berusaha untuk menghasilkan pengajian yang bermutu tinggi dan  mencapai  matlamat untuk melatih  intelektual bahasa bukan sejagat dan memenuhi keperluan masyarakat agar menjadikan Pusat Pengajian negara dan wilayah Asia-Afrika sebagai pusat yang penting.

2 North Xisanhuan avenue, district Haidian, Beijing

Copyright@BFSU.Support by ITC