UNIVERSITI PENGAJIAN

BAHASA-BAHASA ASING BEIJING

Sekolah Bahasa Sepanyol dan Bahasa Portugis

发布时间:2019-04-26

Jurusan Bahasa Sepanyol ditubuhkan di Beijing Foreign Studies University (BFSU) pada 1952, manakala pengajaran Bahasa Portugis bermula pada 1961. BFSU merupakan universiti yang paling awal mewujudkan kedua-dua jurusan tersebut di China. Dalam 60 tahun kebelakangan ini, Sekolah Bahasa Sepanyol dan Bahasa Portugis telah memberi sumbangan yang besar dalam bidang komunikasi politik, ekonomi dan budaya antara China dan dengan negara-negara yang berbahasa kedua-dua bahasa tersebut.

Pada tahun 1979, Jurusan Bahasa Sepanyol di BFSU merupakan jurusan paling awal memperoleh hak penganugerahan Ijazah Sarjana di China. Pada tahun 1996, Jurusan Bahasa Sepanyol merupakan modul pengajaran yang pertama mendapat kelulusan penganugerahan Ijazah Sarjana Kedoktoran. Sehingga tahun 2010, Jurusan Bahasa Sepanyol merupakan program pendidikan utama Beijing.

Pengajaran Jurusan Bahasa Sepanyol bertujuan untuk melatih pelajar-pelajar  berkualiti tinggi yang cemerlang dari sudut akademik dan sahsiahnya, mempunyai kemahiran komunikasi yang mantap dalam bahasa asing dan boleh memberi sumbangan dalam bidang diplomasi, perdagangan asing, pendidikan, kebudayaan, sains dan teknologi serta pemberitaan. Terdapat 25 orang pensyarah yang sedang berkhidmat di Jurusan Bahasa Sepanyol, antaranya 4 orang profesor dan 5 orang profesor madya  dan mengupah 2 orang pensyarah asing setiap tahun. Manakala Jurusan Bahasa Portugis mempunyai 8 orang pensyarah, 6 orang dari China dan 2 orang dari negara asing.

Pengajian bagi program Sarjana Muda Jurusan Bahasa Sepanyol adalah selama 4 tahun, Ijazah Sarjana selama 3 tahun dalam bidang penyelidikan linguistik, kesusasteraan, penterjemahan dan keadaan negara berbahasa Sepanyol, dan Ijazah Sarjana Kedoktoran selama 3 hingga 4 tahun dalam bidang penyelidikan sastera Amerika Latin dan kejurubahasaan. Manakala tempoh pengajian Sarjana Muda Jurusan Bahasa Portugis selama 4 tahun kemudian akan melanjutkan pelajaran keluar negara pada tahun ketiga dan menghabiskan pengajian terakhir di dalam negara. Tempoh pengajian Ijazah Sarjana adalah selama 3 tahun dalam dua bidang penyelidikan iaitu penterjemahan dan dasar luar Brazil dan hubungan China dengan Brazil.

Pengajaran dan pengajian Sekolah Bahasa Sepanyol dan Bahasa Portugis merupakan pengajian terkemuka di China. Jurusan Bahasa Sepanyol telah menghasilkan pelajar seramai 2500 orang, antaranya lebih 2200 lulusan Sarjana Muda, lebih 150 lulusan Sarjana dan 12 kelulusan Ijazah Sarjana Kedoktoran. Di samping itu Jurusan Bahasa Portugis telah menghasilkan lebih 500 graduan dalam bidang profesional. Kebanyakan mereka bertugas sebagai diplomat kanan, penterjemah, profesor dan pemberita.

Sekolah Bahasa Sepanyol dan Bahasa Portugis memberi penekanan kepada  hubungan kerjasama dengan universiti termasyhur yang menggunakan bahasa Sepanyol dan Portugis, perjanjian program pertukaran pelajar dan pensyarah antara universiti telah ditandatangani. Dengan ini, sebilangan besar pelajar menuntut di luar negara saban tahun. Sekolah Bahasa Sepanyol dan Bahasa Portugis telah menubuhkan Pusat Pengajian Mexico dengan kerjasama Universiti Autonomi Kebangsaan Mexico, aktif menjalankan pertukaran akademik dan aktiviti promosi kebudayaan. BFSU juga bekerjasama dengan Universiti Lisbon untuk menubuhkan ‘Persatuan Komunikasi dan Pertukaran Bahasa dan Budaya China dan Portugis’ demi menggalakkan dan meningkatkan kerjasama dan komunikasi China dengan negara-negara yang berbahasa Portugis dalam bidang pendidikan bahasa Portugis dan Han.

2 North Xisanhuan avenue, district Haidian, Beijing

Copyright@BFSU.Support by ITC