UNIVERSITI PENGAJIAN

BAHASA-BAHASA ASING BEIJING

Jabatan Penyelidikan dan Pengajaran Sukan

发布时间:2019-04-26

Jabatan Penyelidikan dan Pengajaran Sukan merupakan jabatan yang menguruskan semua hal tentang sukan dan juga ditadbir oleh BFSU.Suruhanjaya Sukan BFSU terdiri daripada Ketua Pengarah (Presiden yang bertanggungjawab), Jabatan Penyelidikan dan Pengajaran Sukan, Jabatan Pelajar, Jawatankuasa Liga Pemuda,Persatuan Buruh dan jabatan yang lain.

Tanggungjawab Jabatan Penyelidikan dan Pengajaran Sukan bukan sahaja meliputi kerja-kerja untuk melaksanakan pengajaran sukan, pengajaran selepas kelas, latihan pasukan, pertandingan sukan dalam dan luar universiti serta melaksanakan Penilaian Standard Kesihatan dan fizikal Pelajar Kebangsaan, malah untuk membantu Jawatankuasa Liga Pemuda, Persatuan Buruh dan jabatan yang lain melaksanakan aktiviti-aktiviti sukan.

Terdapat 16 orang kakitangan di Jabatan Penyelidikan dan Pengajaran Sukan sekarang, termasuk 15 orang pensyarah (9 orang profesor dan 6 orang penyelidik) dan seorang kakitangan sokongan. Selain itu, juga terdapat 3 orang pekerja yang bertanggungjawab terhadap padang sukan. Antara 15 orang pensyarah, 5 orang telah mendapat Ijazah Sarjana dan beberapa pensyarah telah menyelesaikan kursus Lanjutan Sarjana. Pensyarah Jabatan Penyelidikan dan Pengajaran Sukan masih muda antaranya  6 orang berusia di bawah 40 tahun, selaras dengan tugas mereka sebagai pensyarah sukan. Semua pensyarah bertugasmengajar pelajar peringkat Ijazah Sarjana Muda.

BFSU mempunyai 11 buah pasukan sukan universiti yang meliputi bola keranjang lelaki, bola keranjang perempuan, bola tampar lelaki, bola tampar perempuan, bola sepak lelaki, badminton, tenis, pingpong, olahraga, senamrobik dan renang (biasa). Anggota pasukan ini terdiri adalah pelajar-pelajar yang mempunyai taraf kesihatan fizikal yang baik dan meminati bidang sukan. Mereka dilatih oleh pensyarah-pensyarah daripada Jabatan Penyelidikan dan Pengajaran Sukan. Sejak penubuhan pasukan sukan universiti, BFSU dengan usaha antara pelatih dan pelajar telah memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam pertandingan sukan mahasiswa Beijing

Pada tahun 2010, BFSU telah mendapat kelayakan dan pengesahan daripada Jawatankuasa Sukan Mahasiswa Beijing, Suruhanjaya Akademi Beijing dan Kementerian Pendidikan untuk melatih atlet berprestasi tinggi dari kolej-kolej dan universiti.

BFSU juga berkelayakan untuk mengambil atlet renang yang berkualiti dan dalam tahun yang  sama melaksanakan tugas melatih kumpulan atlet pertama yang terbaik. Latihan kepakaran, pertandingan dan kursus pengetahuan am diuruskan bersama-sama oleh Jabatan Penyelidikan dan Pengajaran Sukan dan Sekolah Hubungan Antarabangsa dan Diplomasi.

2 North Xisanhuan avenue, district Haidian, Beijing

Copyright@BFSU.Support by ITC