UNIVERSITI PENGAJIAN

BAHASA-BAHASA ASING BEIJING

Jabatan Bahasa Jepun

发布时间:2019-04-26

Jabatan Bahasa Jepun telah ditubuhkan pada tahun 1956, dan pada tahun 1986 Jabatan ini diberi kelulusan untuk mewujudkan program Ijazah Sarjana dalam Bahasa dan Sastera Jepun. Seterusnya pada tahun 1993 mewujudkan program Ijazah Sarjana Kedoktoran. Kemudiannya pada tahun 2008 Jabatan ini diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan sebagai Jabatan Bahasa dan sastera Jepun negara, pada tahun yang sama diangkat sebagai program pendidikan yang penting di Beijing.

Jabatan Bahasa Jepun mempunyai tenaga pengajar yang berkualiti tinggi. Terdapat 22 orang guru sepenuh masa, iaitu 3 orang profesor, 12 orang profesor madya dan 7 orang pensyarah. Antaranya terdapat 17 orang yang mempunyai Ijazah Doktor Falsafah dan 4 orang yang mempunyai Ijazah Sarjana. Selain itu, terdapat 2 orang pakar Jepun dalam bidang bahasa, dan 2 orang profesor pelawat.

Jabatan Bahasa Jepun mendaftarkan 74 orang pelajar sarjana muda, 20 orang pelajar sarjana dan 3-4 orang pelajar Sarjana Kedoktoran. Pendaftaran pelajar Ijazah Sarjana Muda dibahagikan kepada dua katogeri, iaitu pendaftaran untuk pelajar asas dan pendaftaran untuk pelajar bertaraf maju. Pendaftaran pelajar asas khusus untuk pelajar yang menduduki Peperiksaan Memasuki Kolej disediakan 2 kelas.Manakala Pendaftaran Pelajar Bertaraf maju adalah bagi pelajar bahasa Jepun yang dipilih dari sekolah-sekolah bahasa asing dari seluruh negara.

Ciri-ciri Pengajaran Jabatan bahasa Jepun bukan sahaja mengasah kemahiran berbahasa Jepun tetapi juga memupuk nilai kemanusiaan dan pengetahuan lain dalam bidang bahasa. Semasa pelajar dalam tahun 3 dan 4, banyak kuliah dan diskusi tentang politik, ekonomi, sosial, budaya dan sastera diadakan. Selain itu, pelajar yang berkebolehan boleh mengambil mengambil program dwi-ijazah dari Sekolah Bisnes Antarabangsa, Sekolah Hubungan Antarabangsa dan Dipomasi, dan Sekolah Undang-undang, BFSU.

Dari segi interaksi antarabangsa, Jabatan Bahasa Jepun telah menandatangani perjanjian pertukaran pelajar dengan Universiti Waseda, Universiti Kobe, Universiti Okayama, Universiti Gakushuin, Universiti Rikkyo, Universiti Aoyama Gakuin, Universiti Kansai, Universiti Bunkyo, Universiti DaitoBunka, Universiti Pengajian Bahasa Asing Nagoya, Universiti Katolik Nagasaki Junshin dan Universiti Shoin. Pada setiap tahun 26 sehingga 28 orang pelajar Sarjana Muda dan pelajar Sarjana akan dihantar ke Jepun sebagai pelajar pertukaran.

2 North Xisanhuan avenue, district Haidian, Beijing

Copyright@BFSU.Support by ITC