UNIVERSITI PENGAJIAN

BAHASA-BAHASA ASING BEIJING

Jabatan Sains Komputer

发布时间:2019-04-26

Penubuhan pusat komputer pada tahun 1990 menunjukkan sudah lebih 20 tahun BFSU melaksanakan pengajaran dalam bidang sains komputer. Jabatan Sains Komputer ditubuhkan pada tahun 2009 untuk pengambilan pelajar jurusan sains dan teknologi komputer. Sejak penubuhannya, Jabatan Sains Komputer mengamalkan cara kerja yang berdisiplin dan pragmatik, mengamalkan teori pengajaran yang istimewa dan kreatif, berusaha secara kreatif melatih para pelajar dalam silang-disiplin bertujuan menghasilkan pakar bidang sains komputer yang berkebolehan dalam pelbagai bidang dan bertaraf tinggi.

Kini terdapat 11 tenaga pengajar dalam Fakulti Sains Komputer. Usia tenaga  pengajar yang diserap adalah berdasarkan struktur rasional dan kebanyakannya mempunyai Ijazah Kedoktoran atau memegang gelaran profesional tertinggi. Dalam tempoh lima tahun yang lalu, pensyarah-pensyarah Fakulti Sains Komputer telah mempengerusikan 2 projek Sains Semula Jadi Nasional, 2 projek dana Sains Sosial dan 12 projek peringkat wilayah dan kementerian,dan pernah menerbitkan makalah dalam jurnal yang berimpak tinggi dalam dan luar negeri serta terlibat pelbagai persidangan antarabangsa, terdapat 26 makalah telah diterbitkan dalam jurnal SCI, EI dan CSSCI.

Jurusan Sains dan Teknik Komputer bertujuan untuk melatih graduan bertaraf antarabangsa dan silang-disiplin yang menguasai teori dan kemahiran asas dalam bidang sains komputer dan berkebolehan untuk menggabungkan kemahiran bahasa, perniagaan dan teknik sains.

Jurusan Sains dan Teknik Komputer mempunyai satu kelas dalam setiap tahun. Buat masa ini terdapat 93 pelajar Sarjana Muda. Mereka mempunyai prestasi yang baik dalam pelbagai pertandingan, termasuklah hadiah kedua di peringkat nasional dalam Pertandingan Kerja Akademik Mahasiswa Nasional, hadiah pertama peringkat bandar Beijing, menang berkali-kali dalam Pertandingan Reka Bentuk Komputer Mahasiswa China dalam Peraduan Pemodelan Matematik.

Pelajar Jurusan Sains Komputer berkemahiran dalam bahasa Inggeris kebanyakannya lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan TEM4 dan sebahagiannya lulus TEM8. Antara graduan-graduan jurusan ini, terdapat satu pertiga yang melanjutkan pelajaran keluar negeri, termasuklah di Universiti Southern California, Universiti Utara Carolina, Universiti Cambridge. Satu Pertiga lagi melanjutkan pelajaran dalam negeri, seperti di Universiti Tsinghua, Universiti Beijing dan Institut Teknologi Beijing (BIT). Selain itu, satu pertiga mendapat pekerjaan selepas tamat pengajian dalam bidang perbankan, badan kerajaan dan syarikat IT.

2 North Xisanhuan avenue, district Haidian, Beijing

Copyright@BFSU.Support by ITC