UNIVERSITI PENGAJIAN

BAHASA-BAHASA ASING BEIJING

Sekolah Jurnalisme dan Komunikasi Antarabangsa

发布时间:2019-04-26

Sekolah Jurnalisme dan Komunikasi Antarabangsa (SIJC) ditubuhkan pada tahun 2014. Pada tahun 2003 sekolah ini dahulunya merupakan Jurusan Jurnalisme dan Komunikasi Antarabangsa di bawah Sekolah Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris .

Nama SIJC dalam bahasa Inggeris bermaksud “School of International Journalism and Communication”. Nama singkatan “SIJC” bermaknaSelf-discipline  (disiplin diri), Independence(kebebasan),Justice(keadilan),Cooperation(Kerjasama). Ini adalah moto SIJC.

SIJC menggunakan cara pengajaran yang moden dengan menggabungkan kesusasteraan dan bahasa asing dengan ilmu jurnalisme dan komunikasi untuk melatih pelajar-pelajar yang berkebolehan, multilingual, berkemahiran dan diperlukan dalam bidang jurnalisme dan komunikasi antarabangsa. Pelajar-pelajar tersebut mempunyai kemampuan bahasa Inggeris yang kukuh, menguasai lebih daripada  satu bahasa asing selain dari bahasa Inggeris ditambah dengan kemahiran profesional yang kukuh. Mereka juga mementingkan kualiti dan kebolehan komprehensif serta menggambarkan semangat dan keperibadian yang amat baik.

Sekarang SIJC mempunyai 13 orang pensyarah sepenuh termasuk 4 orang Profesor, 2 orang Profesor Madya dan 12 orang mempunyai Ijazah Sarjana Kedoktoran. Di samping itu, SIJC juga mengupah sarjana-sarjana yang terkenal di dalam dan di luar negara, pakar-pakar media dan pemberita-pemberita yang terkemuka sebagai pensyarah sambilan dan profesor tamu. Pada masa kini, sekolah ini  mempunyai seorang Dekan dari luar negara.

Kini, terdapat lebih kurang 200 orang pelajar dan 60 orang pelajar Sarjana. Pada tahun 2016, program Ijazah Sarjana Kedoktoran akan dibuka.

SIJC menganugerahkan Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Ijazah Kedoktoran. Terdapat 2 jenis jurusan untuk Ijazah Sarjana Muda, iaitu Jurusan Jurnalisme (Berita Antarabangsa) dan Jurusan Komunikasi Strategi serta dua jurusan untuk Ijazah Sarjana iaitu Jurusan Jurnalisme (Berita Antarabangsa) dan Jurusan Sains Komunikasi (Komunikasi Antarabangsa). Selain itu, terdapat 4 jenis  jurusan untuk Ijazah Sarjana Kedoktoran, iaitu Komunikasi silang-budaya, Media Berita Antarabangsa, Komunikasi Strategi dan Komunikasi Dalam Bahasa Ibunda Penerima.

Dalam SIJC terdapat 3 buah pusat pengajian dan sebuah institut pengajian, iaitu Pusat Pengajian Berita Antarabangsa, Pusat Pengajian Komunikasi Antarabangsa, Pusat Pengajian Undang-undang dan Etika Antara Media serta Institut Sejarah dan Komunikasi Strategik.

Sistem kursus untuk sarjana muda mengandungi tiga bahagian, iaitu kemahiran bahasa Inggeris, komunikasi berita dan kursus-kursus yang berkaitan dengan bidang diplomatik, kebudayaan, sains politik dan lain-lain.

Pelajar-pelajar dalam sekolah ini diwajibkan lulus peperiksaan TEM-8 (Test for English Major-Band 8) dan menulis tesis akhir dalam bahasa Inggeris. Lebih 90% kursus dalam sekolah ini diajar dalam bahasa Inggeris untuk mengukuhkan kemahiran pelajar-pelajar dalam penterjemahan, penulisan, pembacaan, percakapan dan pendengaran bahasa Inggeris sambil mempelajari ilmu komunikasi berita. Pelajar-pelajar boleh memilih mempelajari bahasa asing ketiga atau memilih kursus yang lain.

Sekolah ini mempunyai medianya sendiri. Selain itu, pelajar juga dihantar ke syarikat media di peringkat negara untuk menjalani latihan, seperti Agensi Berita Xinhua, China Daily, Radio dan Televisyen Antarabangsa China (CRI), China’s Central Television.

SIJC telah menjalin hubungan kerjasama yang akrab dengan universiti-universiti yang bertaraf tinggi di negara Amerika Syarikat, Inggeris, Australia, New Zealand, Ireland, Austria dan lain-lain.

Pelajar-pelajar dari SIJC bukan sahaja dapat menerima pendidikan profesional dalam jurusan komunikasi berita tetapi juga mampu mencapai kecemerlangan dalam kerja serta mendapat pendidikan bahasa asing yang berkualiti tinggi di peringkat antarabangsa.

2 North Xisanhuan avenue, district Haidian, Beijing

Copyright@BFSU.Support by ITC