UNIVERSITI PENGAJIAN

BAHASA-BAHASA ASING BEIJING

Sekolah Perniagaan Antarabangsa

发布时间:2019-04-26

Sekolah Perniagaan Antarabangsa (IBS), ditubuhkan pada tahun 2001, merupakan salah satu sekolah yang berskala yang besar di BFSU. Program ini melatih tenaga yang berkemahiran  dengan menawarkan Sarjana Muda, Sarjana Muda kerjasama dengan negara asing,Sarjana akademik, doktor, sarjana profesional, dwi ijazah, latihan pentadbiran pemimpin dan lain-lain. Pada masa kini, IBS terdapat lebih seribu pelajar mengikuti pengajian sepenuh masa dan juga hampir 400 pelajar asing mengikuti pengajian sepenuh masa, 200 pelajar untuk belajar di luar negara Pusat   Kementerian Pendidikan. Antaranya, mereka datang dari lebih 50 buah negara yang terdapat di seluruh dunia.

Sebagai pendorong yang aktif dalam pengantarabangsaan pendidikan akademik perniagaan di China, IBS mempunyai misi untuk memberi inspirasi kepada para pelajar agar mencari pengetahuan dan meneroka perkara yang tidak diketahui; dan melatih golongan intelektual niaga yang bertanggungjawab dan pemimpin yang mempunyai kekuatan dalaman; serta berpandangan jauh dan kreativ dalam bidang perniagaan. Semua warga dan alumni IBS berusaha membina IBS sebagai sekolah perniagaan antarabangsa kelas pertama yang mempunyai keistimewaan pelbagai bahasa, kebudayaan dan kawasan. Menjadikannya sebagai jambatan antara China dengan perniagaan dunia global serta melatih pemimpin dalam dunia perniagaan yang mempunyai visi terbuka dan tanggungjawab sosial pada masa hadapan.

IBS telah mencapai banyak pencapaian dalam sektor pengajaran, pengajian, perkhidmatan masyarakat,kerjasama antarabangsa dan lain-lain. Pada tahun 2002, kumpulan disiplin pengurusan ekonomi IBS telah dipilih dalam “Program 211” negara. Pada tahun 2007, IBS diluluskan sebagai ‘Pusat Latihan Tenaga Mahir dalam Pengurusan Ekonomi Antarabangsa.’

Pada tahun 2009, Pusat latihan tersebut memenangi Anugerah Tempat Pertama Capaian Pengajaran Beijing. Pada tahun 2012 pula, Pusat pengajaran Latihan Disiplin Pengurusan Ekonomi diberi gelaran sebagai ‘Pusat Teladan Pengajaran Negara’. Selain itu, 5 profesor IBS tersenarai dalam“Pelan perkembangan ahli zaman moden” yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan.

IBS mempunyai misi strategik pendidikan antarabangsa iaitu bekerjasama dengan institut pendidikan tinggi di Eropah dan Amerika Syarikat, dalam masa yang sama mengembangkan perhubungan erat dengan negara membangun serta negara yang berurus niaga oleh China. Para pelajar Sarjana Muda dan Sarjana digalakkan untuk bertukar dan belajar ke luar negara, mereka diberi pelbagai peluang ke luar negara. Tambahan pula, IBS juga telah menjalin hubungan kerjasama yang erat dengan kerajaan, syarikat, institut kewangan dan syarikat antarabangsa.

Sama ada dalam sektor pengajaran, pengajian ataupun perkhidmatan sosial, IBS memegang konsep ‘Berpandangan Global Antarabangsa’ untuk mendorong ekonomi China iaitu mengambil bahagian dalam pembaharuan teori pengurusan ekonomi dan melatih tenaga kerja. Berdasarkan konsep tersebut, IBS dijadikan sebagai sekolah perniagaan antarabangsa yang mempunyai keistimewaan di BFSU dan memainkan peranan khusus untuk perkembangan ekonomi China.

2 North Xisanhuan avenue, district Haidian, Beijing

Copyright@BFSU.Support by ITC