UNIVERSITI PENGAJIAN

BAHASA-BAHASA ASING BEIJING

Sekolah Hubungan Antarabangsa dan Diplomasi

发布时间:2019-04-26

Sekolah Hubungan Antarabangsa dan Diplomasi BFSU telah ditubuhkan pada tahun 2006. Pada tahun 2007, Li Zhaoxing bekas Menteri Hal-ehwal luar negara dilantik  sebagai penaung sekolah ini. Kini, sekolah ini telah menubuhkan beberapa buah institut seperti Jurusan Sains Diplomasi, Jurusan Sains Politik Antarabangsa, Jurusan Sains Politik dan Pentadbiran, Institut Pengajian Isu-isu Antarabangsa, Jabatan Editorial Majalah ‘Forum Antarabangsa’, Pusat Pengajian Isu-isu Antarabangsa dan Gender Sosial, Pusat Pengajian Hubungan Timur-Barat, Pusat Pengajian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan Pertubuhan Antarabangsa serta Pusat Pengajian Diplomasi Awam.

Pada tahun 2009, Pusat Pengajian dan Pelaksanaan Pengajaran di luar sekolah, dalam projek ‘Universiti Bahasa-bahasa Asing Beijing (BFSU)-Majlis China Untuk Mempromosi Perdagangan Antarabangsa’ yang dianjurkan oleh sekolah ini diberi gelaran sebagai pusat melatih individu–individu berbakat di luar sekolah Bandar Beijing.

Pada tahun 2010, Jurusan Sains Diplomasi dalam sekolah ini diberi pujian oleh Kementerian Pendidikan sebagai tempat penggubalan jurusan-jurusan istimewa sekolah yang bertaraf tinggi dalam siri keenam. Inilah kali pertama jurusan ini   mendapat gelaran di dalam negara China.

Setakat ini, sekolah ini mempunyai 25 orang kakitangan dalam pentadbiran sekolah termasuk pensyarah sepenuh masa, 5 orang profesor dan 12 orang profesor madya, antaranya terdapat lebih 80% pensyarah telah mendapat Ijazah Sarjana Kedoktoran dan lebih 50% pensyarah mempunyai berpengalaman belajar di luar negara dalam tempoh satu tahun atau lebih. Selain itu, sekolah ini terus mengupah 2 orang pakar asing untuk program jangka masa singkat, sambilan, pensyarah tamu, pensyarah-pensyarah dari fakulti-fakulti berkaitan dar BFSU dan alumni-alumni yang sedang bekerja dalam bidang diplomatik dan sebagainya.

Sekarang, sekolah ini menganugerahkan Ijazah Sarjana dalam jurusan Sains Politik kelas pertama, termasuk 6 program Ijazah Sarjana yang lain iaitu Sistem politik di dalam dan luar negara China, Hubungan Antarabangsa, Sains Politik Antarabangsa, Sains Diplomatik, Sains dan Sains Diplomatik Awam. Sekolah ini juga mempunyai program Ijazah Sarjana Kedoktoran kelas kedua dalam Jurusan Hubungan Antarabangsa dan Pengajian Daerah.

Justeru dari program Ijazah Sarjana Muda hingga Ijazah Sarjana Kedoktoran, program untuk melatih pelajar-pelajar telah diadakan. Pada tahun 2014, BFSU meluluskan penubuhan Jurusan Sains Politik dan Sains Pentadbiran bagi program Ijazah Sarjana Muda dan mula menerima pelajar-pelajar baharu pada tahun yang sama.

Sekolah ini mempunyai rancangan untuk melatih 96 orang pelajar Sarjana Muda, 15-20 orang pelajar Sarjana Muda antarabangsa, 40-45 orang pelajar Sarjana, 15-20 orang pelajar Sarjana antarabangsa, 4-6 orang pelajar Ijazah  Sarjana  Kedoktoran dan 35-40 orang pelajar yang mempunyai dwi-ijazah.

Dalam bidang penggubalan kursus, Sekolah Hubungan Antarabangsa dan Diplomasi memberi tumpuan untuk menonjolkan keistimewaan dan kelebihan BFSU iaitu menitikberatkan  mata pelajaran utama dan bahasa-bahasa asing bersama-sama.

Di peringkat Sarjana Muda, kursus-kursus bahasa Mandarin diajar dalam dwibahasa dan kursus bahasa Inggeris dibahagikan kepada tiga jenis kursus utama, iaitu kursus-kursus dalam bahasa Mandarin, dwibahasa dan bahasa Inggeris. Nisbah kursus-kursus tersebut ialah lebih kurang 30%. Selain dari  itu, pelajar-pelajar dikehendaki mengambil program Sarjana Muda dalam Jurusan Kesusasteraan dan Bahasa Inggeris sebagai ijazah kedua dan lulus peperiksaan TEM-8 (Test for English Major-Band 8).

Selepas tamat pengajian, pelajar-pelajar akan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Undang-undang oleh Pejabat Ijazah Dewan Undangan Negara dan juga dua Ijazah Sarjana Muda, iaitu Ijazah Kesusasteraan dan Undang-undang oleh BFSU. Di peringkat Sarjana, program Sarjana Antarabangsa telah berjaya mengadakan kursus-kursus dalam bahasa Inggeris.

Sekolah Hubungan Antarabangsa dan Diplomasi telah menjalin hubungan kerja

sama yang baik dengan puluhan universiti di dalam dan luar negara. Antaranya kerjasama dengan  universiti  Amerika  Syarikat Hawai dalam program ijazah pantas tiga dalam dua (Licenciatura “3+2”)dan program Sarjana dengan Universiti Denver, Universiti Lancaster, Universiti Perhubungan Masyarakat Rusia. Juga menjalankan program pertukaran pelajar jangka pendek dengan Universiti Politik Taiwan,Universiti Chung Cheng, Universiti Kebangsaan Normal Taiwan. Di samping itu,  menjalin hubungan komunikasi akademik yang baik dengan institut-institut berkaitan di luar negara. Setiap tahun, ramai pensyarah melanjutkan pelajaran keluar negara, melawat dan menyertai persidangan akademik, selain itu juga terdapat ramai sarjana dan pakar asing melawat ke Sekolah Hubungan Antarabangsa dan Diplomasi ini.

2 North Xisanhuan avenue, district Haidian, Beijing

Copyright@BFSU.Support by ITC