UNIVERSITI PENGAJIAN

BAHASA-BAHASA ASING BEIJING

Fakulti Pengajian Bahasa Perancis

发布时间:2019-04-26

Fakulti Pengajian Bahasa Perancis BFSU dibangunkan daripada Bahagian Pengajian Bahasa Perancis yang ditubuhkan pada Mac 1950. Sebagai Pusat Pembangunan Jurusan Istimewa Peringkat Kebangsaan dan program pendidikanUtama Beijing, fakulti ini menawarkan program Sarjana Muda, program Sarjana dan juga program Ijazah Sarjana Kedoktoran kepada pelajar, termasuk Program Sarjana Penterjemahan Bahasa Perancis (MTI).

Sejak tahun 1980, Fakulti Pengajian Bahasa Perancis terus berusaha untuk menerbitkan majalah Pelajaran Bahasa Perancis, iaitu majalah pertama pengajian bahasa Perancis yang diterbitkan di seluruh China. Di samping itu, di bawah fakulti ini juga ditubuhkan Pusat Pengajian Negara dan Daerah Berbahasa Perancis, Pusat Pengajian Switzerland, Pusat Pengajian Belgium, dan Pusat Pengajian Quebec. Fakulti ini juga telah menerbitkan majalah Pengajian Negara dan Daerah Berbahasa Perancis sejak tahun 2015.

Pensyarah-pensyarah di Fakulti Pengajian Bahasa Perancis amat bertaraf tinggi, berpengetahuan mendalam dalam bidang pengajian, dan juga komited dalam bidang pengajaran. Sekarang terdapat 24 orang guru sepenuh masa, iaitu 5 orang profesor, 8 orang profesor madya, dan 11 orang pensyarah, antara mereka 15 orang lulusan Ijazah Sarjana Kedoktoran. Mereka begitu hebat dan berkemahiran dalam bidang pengajian masing-masing seperti inguistik, kesusasteraan, penterjemahan dan pengajian negara. Selain dari itu, fakulti ini juga mengundang dua orang sarjana Perancis dan seorang sarjana Belgium untuk menambah tenaga pengajar.

Dalam bidang pengajaran, Fakulti Pengajian Bahasa Perancis telah mewarisi tradisi pengajaran yang baik, misalnya mementingkan pengajaran asas, mengambil berat kemahiran pelajar dalam pendengaran, lisan, pembacaan dan penulisan, terus memperbaiki rancangan pengajaran dan subjek yang ditawarkan, berusaha melengkapkan sistem kursus kemahiran dan kursus pengetahuan serta mempertingkatkan kecekapan pengajaran bahasa dan budaya dalam setiap kelas. Fakulti Pengajian Bahasa Perancis merupakan peneraju dalam bidang pendidikan bahasa Perancis di peringkat Ijazah Sarjana Muda, ini dibuktikan dengan pencapaian cemerlang yang dihasilkan oleh para pelajar dalam Peperiksaan Peringkat Kemahiran Bahasa Perancis (Peringkat Ke-4 dan Peringkat Ke-8),serta dibuktikan  dengan anugerah-anugerah yang diraih oleh para pelajar dalam Pertandingan Bahasa Perancis Kebangsaan pada setiap tahun.

Fakulti Pengajian Bahasa Perancis telah banyak menghasilkan lepasan yang bertaraf tinggi. Mereka bukan sahaja menguasai bahasa Perancis, tetapi juga mengenali keadaan dan budaya di daerah-daerah yang berbahasa Perancis, dan mampu memenuhi keperluan pembangunan ekonomi masyarakat. Selepas tamat pengajian, mereka bekerja di bidang diplomasi, penterjemahan, pentadbiran dan pengajaran di agensi masing-masing, seperti agensi hal-ehwal luar, perdagangan, kebudayaan, penerbitan dan pemberitaan, pendidikan dan pelancongan. Malah, sesetengah daripada mereka begitu cemerlang dalam kerjaya yang diceburi.

Fakulti Pengajian Bahasa Perancis telah menjalinkan hubungan kerjasama dengan 17 buah universiti asing, iaitu Institut Pengajian Politik Paris, Universiti Sorbonne Nouvelle, Universiti Paris- Sorbonne, Universiti Montreal, Universiti Laval, Universiti Kebebasan Brussels dan lain-lain. Sehubungan dengan itu, sejumlah 30 hingga 40 orang pelajar yang sedang menuntut dalam pengajian Ijazah Sarjana Muda atau Sarjana di Fakulti Pengajian Bahasa Perancis akan dihantar ke universiti-universiti tersebut melalui program pertukaran pelajar.

Dengan penguasaan baik dalam bahasa Perancis dan kemahiran komprehensif dalam pelbagai bidang, lepasan dari Fakulti Pengajian Bahasa Perancis telah menerima sambutan baik daripada masyarakat, antaranya agensi-agensi hal-ehwal luar di bawah Kementerian Hal-ehwal Luar, Kementerian Perniagaan, Kementerian Pendidikan, Kementerian Kebudayaan, Kebudayaan Sains dan Teknologi dan kementerian-kementerian yang lain, Agensi Berita Xinhua, Televisyen Pusat China (CCTV), Radio Antarabangsa China (CRI), universiti-universiti dan institusi-institusi pengajian akademi, pejabat hal-ehwal luar provinsi, dan syarikat-syarikat milik negara atau swasta yang menguruskan perdagangan dengan negara-negara yang berbahasa Perancis.

2 North Xisanhuan avenue, district Haidian, Beijing

Copyright@BFSU.Support by ITC