UNIVERSITI PENGAJIAN

BAHASA-BAHASA ASING BEIJING

Sekolah undang-undang

发布时间:2019-04-26

Sekolah Undang-undang BFSU merupakan satu institut yang berkembang daripada Fakulti Undang-undang di bawah Sekolah Inggeris dan Pengajian Antarabangsa. Fakulti ini mula menerima pelajar pada tahun 2001 dan ditubuhkan secara rasmi pada tahun 2006. Pada masa kini,seramai 35 orang pensyarah bertugas di fakulti ini, antaranya 33 orang pensyarah berkelulusan Ijazah Kedoktoran dan 32 orang pensyarah lulusan luar negara.

Terdapat seramai 228 orang pelajar Sarjana Muda dan 105 orang pelajar sarjana serta 78 orang pelajar sarjana muda dari pelbagai bangsa. Sekolah Undang-undang sebagai institut akademik peringkat pertama negara untuk sarjana undang-undang menawarkan kursus dalam bidang undang-undang Perniagaan Antarabangsa, Undang-undang Antarabangsa, Undang-undang Hak Cipta Ilmu, Undang-undang Perniagaan Awam, Kerjasama Perundangan Antarabangsa dan Aplikasi Undang-undang. Profesor Luo Haocai, bekas pengerusi Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China, merupakan Dekan Kehormat Sekolah Undang-undang dan Hakim Wan Exiang, naib pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan China dan bekas naib presiden Mahkamah Agung Rakyat, merupakan Pemimpin Profesor Sekolah Undang-undang ini.

Sekolah kami menawarkan kursus-kursus yang mencakupi bahagian undang-undang China(dalam dwibahasa), bahagian undang-undang British-Amerika Syarikat(dalam Inggeris), bahagian bahasa dan budaya British-Amerika Syarikat serta bahagian perniagaan. Dengan 4 tahun pembelajaran pada peringkat Sarjana Muda, pelajar dapat menguasai sistem undang-undang China dan memahami undang-undang British-Amerika Syarikat serta mengaplikasikan undang-undang tentang hal pengusahaan.

Sekolah Undang-undang BFSU telah menjalin hubungan kerjasama yang erat dengan Sekolah Undang-undang dalam universiti-universiti yang termasyhur di luar negara, termasuk Universiti Columbia, Universiti New York, Universiti Cornell, Universiti Georgetown, Universiti Pennsylvania State, Universiti Oxford Brookes, Sekolah Ekonomi dan Sains Politik London, Universiti Queensland, Universiti Melbourne, Universiti New South Wales, Universiti Bond, Universiti Toledo dan sebagainya. Pelbagai bentuk kerjasama antara kedua-dua pihak telah banyak memberi  manfaat kepada para pensyarah dan pelajar kami.

2 North Xisanhuan avenue, district Haidian, Beijing

Copyright@BFSU.Support by ITC