UNIVERSITI PENGAJIAN

BAHASA-BAHASA ASING BEIJING

Sekolah Bahasa Rusia

发布时间:2019-04-26

Sekolah Bahasa Rusia merupakan satu sekolah yang paling awal ditubuhkan di BFSU, iaitu pada tahun 1941.

Sekolah Bahasa Rusia merupakan institut yang berkelayakan untuk menganugerahkan Ijazah Doktor dan Sarjana. Sekolah ini menawarkan mata pelajaran utama di Beijing. Setakat bulan September tahun 2015, Sekolah Bahasa Rusia mempunyai 184 orang sarjana muda, 46 orang sarjana, 21 orang doktor, 6 orang pascadoktor dan 5 orang pelajar asing; 19 orang pensyarah dan 4 orang kerani pentadbiran, terdapat 8 orang profesor (termasuk penyelia kedoktoran), 8 orang naib profesor, 4 orang pensyarah dan  seorang pakar asing. Dalam 23 orang kakitangan tersebut, seramai 16 orang telah mendapat Ijazah Kedoktoran dan 5 orang pensyarah pernah mendapat ‘Anugerah Pushkin’, iaitu satu anugerah yang agung dalam bidang bahasa Rusia antarabangsa (hanya sejumlah 20 orang warga China pernah mendapat anugerah ini), dan ramai pensyarah pula mendapat pelbagai anugerah Rusia lain seperti ‘Anugerah Presiden’, ‘Anugerah Persahabatan’, ‘Anugerah Kesusasteraan Golky’ dan lain-lain. Bahan pengajaran yang digubah oleh kumpulan pengajaran Sekolah Bahasa Rusia telah memenangi anugerah pada peringkat Beijing dan negara serta digunakan dan dipandang tinggi oleh universiti-universiti lain di seluruh negara.

Bidang pengajaran dan pengajiannya termasuk Linguistik, Kesusasteraan, Kebudayaan, Pengajian kawasan, Perhubungan Antarabangsa, Politik Antarabangsa, Ekonomik Rusia dan lain-lain. Kursus yang ditawarkan untuk pelajar Sarjana Muda termasuk bidang penggunaan bahasa seperti praktis, tatabahasa, kuliah pendengaran, pembacaan, penterjemahan (lisan dan tulisan), mengarang dan juga bidang pengetahuan awam seperti geografi, sejarah, kesusasteraan, social, pengajianRegion, ekonomi, diplomatik Rusia dan lain-lain. Terdapat dua jenis ijazah sarjana iaitu akademik dan profesional, antaranya sarjana dan kedoktoran dalam bidang akademik yang menumpukan kajian terhadap bidang bahasa Rusia moden, kesusasteraan Rusia, masyarakat dan kebudayaan Rusia dan Pengajian Kawasan.

Graduan Lulusan jurusan Rusia juga cemerlang. Kebolehan mereka dalam bahasa Rusia dapat dilihat melalui pencapaian Ujian Kemahiran Tingkat ke-4 dan ke-8, mereka mencapai keputusan terbaik dalam peringkat negara. Pelajar Sarjana dan Sarjana Muda kami juga mencapai kejayaan yang menonjol dalam pelbagai pertandingan nasional dalam bahasa Rusia. Pelajar Ijazah Kedoktoran pula, ramai menjadi tenaga pengajar dan pentadbiran untuk institut pengajian tinggi di seluruh negara.

Perhubungan kerjasama strategik dua hala dipertingkatkan dan kerjasama ekonomi juga berada dalam perkembangan yang stabil dan kukuh. Oleh itu prospek pekerjaan jurusan bahasa Rusia bertambah baik sehingga prestasinya kekal hampir 100% dalam tahun-tahun kebelakangan ini. Graduan juga mempunyai pelbagai pilihan pekerjaan, terutamanya dalam kementerian dan badan kerajaan, syarikat-syarikat milik negara, cawangan syarikat Rusia yang terletak di China dan sebagainya.

Sekolah Bahasa Rusia BFSU telah menjalin hubungan kerjasama yang erat dengan Universiti Moscow, Universiti Linguistik Moscow, Institut Perhubungan Antarabangsa Moscow, Institut Bahasa Pushkin Rusia, Universiti Perhubungan Masyarakat, Universiti Saint Petersburg State dan sebagainya. Ramai pensyarah dan pelajar akan dihantar ke universiti tersebut untuk belajar setiap tahun. Di samping itu, Sekolah kami juga menerima pelajar dari luar negara untuk pengajian Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana bahasa Rusia.

Pada era yang baharu ini, sekolah kami mempunyai objektif khas untuk menghadapi cabaran transformasi dan peningkatan pendidikan, iaitu mencipta cara dan model pengajaran bahasa asing yang bertahap antarabangsa tanpa menghilangkan keistimewaan ciri-ciri China; kami memfokuskan kepada penghasilan dan perkembangan tenaga kerja yang mahir dalam bidang penterjemahan lanjutan, pengajian dan pentadbiran kawasan, penyebaran kebudayaan China dan Rusia antara satu sama lain. Tujuan tersebut harus berdasarkan keupayaan kesusasteraan bahasa yang kukuh dan bersesuaian dengan keperluan perkembangan sosial ekonomi dan strategik negara.

2 North Xisanhuan avenue, district Haidian, Beijing

Copyright@BFSU.Support by ITC