UNIVERSITI PENGAJIAN

BAHASA-BAHASA ASING BEIJING

Fakulti Pengajian Bahasa Jerman

发布时间:2019-04-26

Fakulti Pengajian Bahasa Jerman BFSU ditubuhkan sejak tahun 1950. Ketika itu, hanya terdapat dua orang pensyarah dan empat belas orang pelajar di dalam fakulti tersebut. Menurut profesor Yao Kekun, seorang tokoh bahasa Jerman, dalam bahasa Mandarin, tulisan ‘Jerman’ atau ‘de’ terdiri daripada tiga bahagian, iaitu ‘dua orang’, ‘empat belas’ dan ‘satu hati’, semua ini melambangkan dua orang pensyarah dan empat orang pelajar bersatu hati dalam Fakulti Pengajian Bahasa Jerman.

Pada tahun 2002, Pengajian Bahasa dan Kesusasteraan Jerman BFSU telah disenaraikan sebagai Program Pendidikan utama Kebangsaan oleh Pejabat Ijazah Kongres Kebangsaan. Pada tahun 2008 pula, fakulti tersebut telah pun dijadikan sebagai Pusat Pembangunan Jurusan Istimewa Peringkat Kebangsaan oleh Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kewangan.

Terdapat enam jurusan di bawah Fakulti Pengajian Bahasa Jerman, iaitu Pengajian Kesusasteraan Jerman, Pengajian Linguistik Jerman, Pengajian Penterjemahan, Pengajian Kebudayaan Rentas Budaya, Pengajian Diplomasi dan Ekonomi Jerman dan Pengajian Metodologi Pengajaran. Dalam penubuhan jurusan peringkat Sarjana Muda, tujuan fakulti tersebut adalah menghasilkan pelajar yang berkualiti tinggi serta komprehensif, agar dapat keperluan negara dan masyarakat. Dalam proses penubuhan jurusan tersebut, kami memberi tumpuan kepada pelajar dan mengutamakan minat mereka. Berdasarkan pengajaran tahun pertama dan tahun kedua, kami menerapkan Sistem Pelajaran Dinamik dan pelbagai Unsur dalam pengajaran tahun ketiga dan tahun keempat.

Kami menawarkan dua jenis kuliah dalam tahun ketiga dan tahu keempat, iaitu kuliah pengenalan dalam pelbagai bidang dan kuliah lanjutan dalam enam bidang, iaitu bidang kesusasteraan Jerman, bidang linguistik, bidang penterjemahan, bidang pengajian rentas budaya, bidang diplomasi dan bidang ekonomi. Pelajar-pelajar tahun ketiga dan keempat boleh memilih empat bidang sebagai kursus wajib mengikut minat masing-masing.

Sekarang terdapat 37 kakitangan di Fakulti Pengajian Bahasa Jerman, antaranya 33 orang pensyarah sepenuh masa dan 29 orang pensyarah lulusan Ijazah sarjana Kedoktoran. Dari segi gelaran akademi, terdapat 8 orang profesor, 6 orang penyelia Ijazah Sarjana Kedoktoran dan 11 orang profesor madya berkhidmat di sini. Selain dari itu, seramai 345 orang pelajar Sarjana Muda, 92 orang pelajar Sarjana dan 25 orang calon Ijazah Sarjana Kedoktoran sedang menuntut di dalam fakulti yang  unggul ini.

Fakulti Pengajian Bahasa Jerman telah menjalinkan hubungan kerjasama dengan beberapa universiti di luar negara, misalnya Universiti Heidelberg, Universiti Goettingen, Universiti Jena, Universiti Passau, Institut Penterjemahan Munchen (SDI München), Universiti Vienna dan lain-lain. Pada setiap tahun, Fakulti Pengajian Bahasa Jerman BFSU akan mengadakan program-program pertukaran dengan universiti-universiti tersebut, dan juga menerima pelajar-pelajar asing untuk mengambil ijazah di fakulti ini. Mulai 2008, Fakulti Pengajian Bahasa Jerman juga menawarkan program dwi-ijazah dengan Universiti Nanjing dan Universiti Goettingen dalam bidang pengajian rentas budaya. Pelajar-pelajar yang menyertai program tersebut memperoleh dua ijazah selepas tamat pengajian, iaitu Ijazah China dan Ijazah Jerman. Di samping itu, fakulti juga menawarkan program dwi-ijazah di peringkat Ijazah Sarjana Kedoktoran bersama Institut Pengajian Bahasa Kebangsaan Jerman (IDS) dan Universiti Mannheim.

2 North Xisanhuan avenue, district Haidian, Beijing

Copyright@BFSU.Support by ITC