UNIVERSITI PENGAJIAN

BAHASA-BAHASA ASING BEIJING

Sekolah Bahasa Arab

发布时间:2019-04-26

Jurusan Bahasa Arab ditubuhkan pada tahun 1958 di Sekolah Bahasa Arab, Beijing Foreign Studies University (BFSU) dan diasingkan menjadi Jabatan Bahasa Arab pada tahun 1981. Jurusan tersebut secara rasminya diiktiraf sebagai institut yang pertama untuk melatih sarjana bahasa dan sastera Arab pada tahun 1981 dan Sarjana Kedoktoran pada tahun 1986 di China. Pada  tahun  2002, Jurusan Bahasa Arab dianggap sebagai program utama Beijing, pada tahun 2007  diisytiharkan sebagai pusat penggubalan jurusan istimewa institut pengajian tinggi Kementerian Pendidikan serta diangkat sebagai program unggul di Beijing. Pada Jun 2015, Jabatan Bahasa Arab mendapat persetujuan BFSU untuk menukar nama kepada Sekolah Bahasa Arab.

Selepas perkembangan selama lebih setengah abad dan di bawah usaha gigih para penuntut bahasa Arab di BFSU yang diwakili oleh profesor-profesor kanan seperti Na Zhong dan Yu Zhangrong, Sekolah Bahasa Arab telah memperoleh pencapaian yang cemerlang. Mempunyai program pengajian yang lengkap, pensyarah berkebolehan, taraf pengajaran yang tinggi, serta hasil akademik yang baik telah memberi kelebihan besar kepada sekolah ini berada di tangga teratas mendahului sekolah lain yang mempunyai program yang sama di China. Sekolah Bahasa Arab mempunyai 17 orang pensyarah termasuk 4 orang profesor dan 4 orang profesor madya, antaranya 8 orang lulusan Ijazah Sarjana Kedoktoran. Ferras ·Sawa, salah seorang pakar dari Syria yang sedang berkhidmat di sekolah ini merupakan ilmuwan yang termasyhur dan banyak menghasilkan karya-karya mengenai dunia Arab.

Dalam lebih setengah abad kebelakangan ini, Sekolah Bahasa Arab telah   menumpukan perhatian kepada bidang pendidikan untuk masyarakat dan telah menghasilkan lebih 2000 orang graduan Sarjana Muda dan Sarjana. Mereka memberi sumbangan besar dalam pelbagai bidang hal ehwal dengan kebolehan berbahasa yang mantap, berpengetahuan luas dan berkemahiran tinggi,dan disanjung oleh masyarakat. Dalam Kementerian Luar sahaja terdapat lebih separuh daripada kumpulan pegawai bahasa Arab adalah graduan lepasan daripada sekolah ini termasuk Zhang Ming, Timbalan Menteri sekarang dan lebih 30 orang Duta Besar serta hampir 10 orang Kaunselor. Sekolah ini mempunyai 190 orang pelajar Sarjana Muda, 44 orang pelajar  Sarjana dan 10 orang pelajar  Ijazah Sarjana  Kedoktorann.

Pengajian tradisional Sekolah Bahasa Arab berkelebihan dalam bidang bahasa, sastera dan budaya Arab. Untuk memperluaskan visi akademik, mengintegrasikan kekuatan akademik dan menggabungkan penyelidikan akademik dengan keperluan negara dengan lebih baik. Baru-baru ini, sekolah ini menubuhkan tiga pusat pengajian, iaitu Pusat Pengajian Budaya Islam Arab, Pusat Pertukaran Media China dengan Arab, Pusat Pengajian Timur Tengah.

Sekolah Bahasa Arab telah menjalin hubungan kerjasama dengan lebih 10 buah universiti yang terkemuka di dunia Arab seperti Universiti Lubnan, Universiti Ain Shams di Mesir, Universiti Terusan Suez, Universiti King Hassan V di Maghribi, Universiti Kedua Algeria, Universiti Emiriah Arab Bersatu danUniversiti Zayed. Saban tahun sekolah ini akan menghantar pensyarah dan pelajar menuntut di universiti-universiti tersebut serta institusi-institusi akademi di Amerika Syarikat, British, Israel dan sebagainya.

Pada hari ini Sekolah Bahasa Arab telah dianggap sebagai tempat melahirkan graduan bahasa Arab yang berkualiti tinggi di China, pusat yang mengadakan pengajian Arab, platform untuk menyebarkan China kepada dunia Arab dan jambatan mengukuhkan persahabatan antara negara China dan Arab.

2 North Xisanhuan avenue, district Haidian, Beijing

Copyright@BFSU.Support by ITC