Dari 14 hingga 15 Jun, Persidangan Perikatan MOOC Bahasa Asing Institut Pengajian Tinggi China ke-6 dan Persidangan Jawatankuasa Kerja Profesional dalam Bidang Bahasa dan Kesusasteraan Asing Perikatan Inovasi Pengajaran Eksperimen Simulasi Maya Ke-3 telah diadakan di BFSU.
Wang Dinghua, Pengerusi Perikatan MOOC Bahasa Asing Institut Pengajian Tinggi China merangkap Pengerusi Majlis BFSU menyampaikan laporan kerja mengenai perikatan itu. Jia Wenjian, Naib Pengerusi Eksekutif perikatan, Presiden merangkap Timbalan Pengerusi Majlis BFSU mempengerusikan majlis perasmian persidangan itu.
Nong Tao, Majlis Pengerusi dan Pengarah Pusat Penyelidikan Propaganda dan Pendapat Awam di Jabatan Propaganda Pusat merangkap ketua pengarang platform pembelajaran "Xue Xi Qiang Guo", Song Yi, pegawai Jabatan Pengajian Tinggi Kementerian Pendidikan China, wakil-wakil Perikatan MOOC Bahasa Asing Institut Pengajian Tinggi di China, Cao Xianqiang, Timbalan Presiden Universiti Shandong dan Jiao Fangtai, Naib Presiden Universiti Pengajian dan Perdagangan Asing Guangdong menyampaikan ucapan pada majlis perasmian.
Persidangan itu mengadakan forum presiden dan membuka dua forum tema untuk meneroka peranan teknologi digital dalam menggalakkan pembaharuan pendidikan tinggi.
Persidangan itu turut mengadakan "Acara Perasmian untuk Perikatan MOOC Bahasa Asing Institut Pengajian Tinggi China dan Kursus-kursus Platform MOOC Kebangsaan Thailand", melancarkan "Program Perikatan MOOC Bahasa Asing Institut Pengajian Tinggi China 2024", di samping menyampaikan anugerah kepada kumpulan yang menghasilkan kuliah-kuliah MOOC yang terunggul.