UNIVERSITI PENGAJIAN

BAHASA-BAHASA ASING BEIJING

Mesyuarat Penggalakan Kerja "Rancangan Kerjasama 100 Universiti China-Afrika" telah Diadakan di BFSU

发布时间:2024-07-13


Pada 31 Mei, mesyuarat penggalakan kerja "Rancangan Kerjasama 100-Universiti China-Afrika" telah diadakan di BFSU. Wang Dinghua, Pengerusi Majlis BFSU merangkap Pengarah Eksekutif "Mekanisme Pertukaran Perikatan Universiti China-Afrika", Zhang Daliang, Naib Presiden Persatuan Pengajian Tinggi China dan Jiang Yunliang, Pengerusi Majlis Universiti Normal Zhejiang merangkap Timbalan Pengarah Eksekutif "Mekanisme Pertukaran Perikatan Universiti China-Afrika" menghadiri mesyuarat dan menyampaikan ucapan. Olusola Oyewole, Setiausaha Agung Persatuan Universiti Afrika menyampaikan ucapan melalui video. Lebih 150 orang termasuk wakil daripada universiti anggota menghadiri mesyuarat itu.

Pada mesyuarat sebelah petang, universiti China yang dipilih untuk menyertai “Rancangan Kerjasama 100 Universiti China-Afrika” melaporkan perkembangan kerja masing-masing. Wang Dinghua membuat ringkasan untuk mesyuarat itu.

"Rancangan Kerjasama 100 Universiti China-Afrika" merupakan inisiatif utama untuk melaksanakan Rancangan Kerjasama Pemupukan Orang Berbakat China-Afrika yang dicadangkan oleh Presiden Xi Jinping dalam Dialog Pemimpin China-Afrika 2023 di Johannesburg. Pada Ogos 2023, sekretariat China bagi mekanisme pertukaran Perikatan Universiti China-Afrika telah ditubuhkan di BFSU yang telah berjaya dipilih sebagai universiti anggota "Rancangan Kerjasama 100 Universiti China-Afrika".

2 North Xisanhuan avenue, district Haidian, Beijing

Copyright@BFSU.Support by ITC