UNIVERSITI PENGAJIAN

BAHASA-BAHASA ASING BEIJING

Wang Dinghua Mengetuai Delegasi Melawati Belgium, Hungary dan Sepanyol

发布时间:2023-08-10


Dari 21 hingga 30 Mei, Wang Dinghua, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Universiti BFSU mengetuai delegasi melawati Belgium, Hungary dan Sepanyol. Delegasi mengunjungi Persatuan Belgium-China, Institut Kongzi di Brussels, memerhatikan kursus bahasa China di Institut Kongzi, dan memperluaskan ruang kerjasama yang baharu; melawat ke Universiti Liege, Institut Kongzi dan menandatangani MoU bagi pertukaran pelajar; mengunjungi DG SCIC dan membincangkan projek kerjasama antara Institut Penterjemahan BFSU dengan DG SCIC; melawat ke Eötvös Loránd University dan Institut Kongzi, menandatangani MoU bagi penjalinan kerjasama dan pertukaran pelajar, mengenali aktiviti-aktiviti untuk meraikan ulang tahun ke-100 penubuhan Institut Bahasa China di Eötvös Loránd University dan membincangkan projek kerjasama yang selanjutnya; melawat ke MTA untuk menerokai ruang kerjasama antara kedua-dua pihak; melawati Universitat de Barcelona, Sepanyol dan Institut Kongzi untuk membincangkan kerjasama dalam bidang penyelidikan serantau; mengunjungi Kedutaan Besar China ke Belgium, Hungary dan Sepanyol, serta Misi China ke Kesatuan Eropah, dan bertemu dengan diplomat-diplomat yang berkenaan; berjumpa dengan pengarah, tenaga pengajar dan sukarelawan Institut Kongzi yang datang dari BFSU di Belgium, Hungary dan Sepanyol.

2 North Xisanhuan avenue, district Haidian, Beijing

Copyright@BFSU.Support by ITC