UNIVERSITI PENGAJIAN

BAHASA-BAHASA ASING BEIJING

BFSU Menganjurkan Bersama Forum Pembangunan Tibet China 2023, Presiden Yang Dan dan Pakar Asing Menghadiri Forum

发布时间:2023-08-09


Pada 23 Mei, Forum Pembangunan Tibet China 2023 diadakan di Pusat Konvensyen Beijing. Tema forum ini ialah "Era Baharu, Tibet Baharu dan Perjalanan Baharu—Babak Baharu untuk Pembangunan Berkualiti Tinggi dan Perlindungan Hak Asasi Manusia di Tibet". Forum ini ditaja oleh Pejabat Penerangan Majlis Negara China dan kerajaan rakyat Wilayah Autonomi Tibet China. BFSU merupakan penganjur bersama forum ini.

Yang Dan, Presiden BFSU merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Universiti, dan beberapa orang pakar asing BFSU menghadiri forum ini. Yang turut menyertai forum ini ialah diplomat luar negeri dari 36 negara dan wilayah, ketua eksekutif agensi media asing, pakar asing dari kumpulan pemikir universiti, pelajar asing yang menuntut di China, artis asing di China, wakil syarikat asing dan organisasi pihak ketiga, pakar dan cendekiawan China yang terkenal, pegawai dari daerah Tibet, usahawan dan kakitangan di peringkat akar umbi.

Yang Dan menyampaikan ucapan yang bertajuk Pembangunan Berkualiti Tinggi Ekonomi dan Kemakmuran Bersama di Dataran Tinggi dalam forum utama persidangan itu. Berdasarkan pengalaman kerjanya sendiri di Tibet dan tinjauan sosial ekonomi di sana, beliau memperkenalkan pencapaian Tibet dari segi pembangunan ekonomi dataran tinggi. Berasaskan fenomena ekonomi kawasan dataran tinggi dan persekitaran geografi khasnya, Yang Dan mengemukakan "Teori Pembangunan Ekonomi Dataran Tinggi" dan memberikan cadangan saintifik terhadap kemakmuran bersama Tibet.

Forum ini menawarkan lima sub-forum, antaranya, sub-forum "Pembangunan Berkualiti Tinggi dan Kemakmuran Bersama di Tibet" dianjurkan oleh Akademi Pengajian Pentadbiran Wilayah dan Global di BFSU.

2 North Xisanhuan avenue, district Haidian, Beijing

Copyright@BFSU.Support by ITC