Pada 18 Mac, Seminar Pembinaan Sumber Maklumat Pengajian Wilayah dan Negara, yang ditaja oleh Komuniti Pengajian Wilayah dan Negara China telah berjaya diadakan di BFSU dalam bentuk gabungan dalam dan luar talian. Presiden BFSU merangkap Timbalan Setiausaha Jawatankuasa Parti, Yang Dan menghadiri seminar ini.
Terdapat 96 orang pakar dan sarjana dalam bidang pengajian wilayah dan negara dari 34 buah universiti telah menghadiri seminar ini, antaranya Universiti Peking, Universiti Renmin China, Universiti Normal Timur Laut, Universiti Bahasa dan Budaya Beijing, Universiti Normal Zhejiang, Universiti Bangsa-bangsa Guangxi, Universiti Yunnan, Universiti Tibet, Kolej Hal Ehwal Luar Negeri, Universiti Sains Politik dan Undang-undang China, Universiti Xinjiang, Universiti Komunikasi China, Universiti Minzu China, Universiti Bahasa dan Perniagaan Asing Guangdong, Universiti Perniagaan dan Ekonomi Antarabangsa, Universiti Pengajian Antarabangsa Beijing, Universiti Guangxi dan Universiti Mongolia Dalam. Pakar yang mengambil bahagian dalam mesyuarat itu menjalankan perbincangan mendalam mengenai konsep, laluan dan perancangan pembinaan sumber maklumat pengajian wilayah dan negara.