UNIVERSITI PENGAJIAN

BAHASA-BAHASA ASING BEIJING

Seminar untuk Simposium Kajian Negara dan Rantau Diadakan di BFSU

发布时间:2023-01-06


Pada 18 Disember 2022, Seminar untuk Simposium Kajian Negara dan Rantau (CCAS) 2022 yang bertemakan “Inklusif, Berkongsi dan Pembangunan Mampan” diadakah oleh BFSU dalam talian.

CCAS yang dicadangkan oleh Perikatan Global Universiti Pengajian Bahasa Asing (GAFSU) merupakan rangkaian akademik sarjana antarabangsa yang terdiri daripada sarjana dari 181 negara dan meliputi lebih daripada 100 jenis bahasa.

Yang Dan, Presiden BFSU, Timbalan Setiausaha Jawatankuasa PKC BFSU merangkap Pengarah Institut Kajian Lanjutan Tadbir Urus Rantau dan Global, Mohamed Khaliri, mantan ahli Parlimen Morocco merangkap Pengerusi Persatuan Pertukaran Persahabatan Morocco-China, dan Du Zhanyuan, Presiden Persatuan Penterjemah China menyampaikan ucapan pada majlis perasmian.

Yang Dan menyampaikan ucaptama yang bertajuk "Kepentingan Pemodenan China kepada Dunia", dan Jiang Feng, Setiausaha Jawatankuasa PKC Universiti Pengajian Bahasa-bahasa Asing Shanghai merangkap Pengerusi Institut Tadbir Urus Global serta Kajian Rantau dan Negara Shanghai, menyampaikan ucaptama yang bertajuk "Kedamaian dan Pembangunan Dunia yang Mampan Memerlukan Tamadun Manusia dalam Bentuk Baharu", Vilia Govalle, profesor Universiti Pendidikan Jarak Jauh Costa Rica merangkap mantan Timbalan Menteri Ekonomi Costa Rica, dan Edmond Mucala, Pengarah Pejabat Perwakilan Mali ke UNESCO turut menyampaikan ucaptama masing-masing. Sarjana di dalam dan di luar negara memberikan komen-komen menarik mengenai laporan utama dan mengadakan perbincangan mendalam mengenai tema seminar.

Seminar itu secara rasminya mengumumkan laman sesawang dan akaun rasmi CCAS, memperkenalkan pencapaian pertama CCAS, iaitu Kajian Negara dan Rantau-Perspektif Global yang bakal diterbitkan, di samping mengeluarkan buku baharu Index Global 2022.

2 North Xisanhuan avenue, district Haidian, Beijing

Copyright@BFSU.Support by ITC