UNIVERSITI PENGAJIAN

BAHASA-BAHASA ASING BEIJING

Yang Dan Mempengerusikan Forum Pertukaran dan Kerjasama Bahasa China-Bahasa Asing yang Pertama dan Menyampaikan Ucapan

发布时间:2022-12-19


Pada 8 Disember, Persidangan Pendidikan Bahasa China Antarabangsa telah diadakan di Beijing. Timbalan Perdana Menteri, Sun Chunlan dari Majlis Negera menghadiri majlis perasmian dan menyampaikan ucaptama. Majlis perasmian persidangan itu dipengerusikan oleh Huai Jinpeng, Menteri Pendidikan. Yang Dan, Presiden BFSU merangkap Timbalan Setiausaha Jawatankuasa PKC BFSU menghadiri majlis perasmian persidangan itu, di samping mempengerusikan serta menyampaikan ucapan dalam majlis perasmian dan penutupan salah satu forum selari persidangan, iaitu "Forum Pertukaran dan Kerjasama Bahasa China-Bahasa Asing yang Pertama".

"Forum Pertukaran dan Kerjasama Bahasa China-Bahasa Asing yang Pertama" yang bertemakan "Hubungan, Komunikasi dan Persefahaman—Membina Kepercayaan dan Kerjasama Melalui Bahasa dan Budaya" dianjurkan bersama secara dalam dan luar talian oleh Pusat Pertukaran dan Kerjasama Bahasa China-Bahasa Asing Kementerian Pendidikan, BFSU dan FLTRP. Ma Jianfei, Pengarah Pusat Pertukaran dan Kerjasama Bahasa China-Bahasa Asing dan Ali Zahiri, Duta Besar UAE ke China menghadiri majlis perasmian forum itu dan menyampaikan ucapan. Profesor Wen Qiufang, Pengarah Institut Xu Guozhang untuk Kajian Lanjutan Bahasa di BFSU dan juga profesor daripada Pusat Penyelidikan Bahasa Asing dan Pendidikan China menyampaikan ucaptama dalam majlis perasmian forum itu. Ratusan pakar dan cendekiawan dari seluruh dunia, dan wakil daripada belasan institusi bahasa dan budaya turut menghadiri forum tersebut.

Dalam forum itu, "Inisiatif Bersama Pertukaran dan Kerjasama Bahasa Antarabangsa", yang dipersetujui oleh Pusat Kerjasama dan Pertukaran Bahasa Asing-Bahasa China, British Council dan belasan institut bahasa antarabangsa telah pun diumumkan.

2 North Xisanhuan avenue, district Haidian, Beijing

Copyright@BFSU.Support by ITC